Kenali Punca Susu Ibu Kurang

Semenjak saya menjadi agen sah Shaklee ni,saya selalu didatangi oleh ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan. Saya nak rungkaikan disini Punca kenapa air susu ibu kurang.

Cari punca atau sebab susu kurang

Terdapat banyak penyebab kepada masalah susu kurang. Antaranya stress, “period“, jadual mengepam yang tidak konsisten dan bermacam-macam lagi.Perlu cari jalan penyelesaiannya. Jangan dibiarkan masalah itu berlalu begitu sahaja. Kesiankan anak kerana susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita.

Terdapat beberapa pilihan untuk ibu-ibu menyelesaikan masalah susu kurang ini. Antaranya:

 Semak semula jadual mengepam susu

1) Kadang-kadang bila terlampau sibuk di pejabat, ibu akan terlupa atau ter’skip‘ sesi mengepam.
2) Mengurangkan sesi mengepam akan meyebabkan susu berkurang.
3) Untuk mengatasi masalah ini, ibu perlu mengepam setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Insya-Allah susu akan kembali meriah seperti biasa.
4) Semak berapa liter air ibu minum setiap hari
5) Air adalah elemen penting untuk menjana susu ibu. Kekurangan air akan menyebabkan jumlah susu berkurangan. Ibu menyusu perlu minum 3.8 liter air sehari, atau sekurang-kurangkan 3 liter air sehari.
Cara efektif untuk memastikan ibu telah minum dengan cukup adalah melalui sukatan. Cara paling senang, gunakan bekas yang mempunyai sukatan dan kira berapa kali ibu mengisi ulang air ke dalam bekas tersebut.

Mengambil cuti & luang masa bersama anak

Ya bercuti, luangkan masa dengan si kecil yang comel. Skin to skin contact adalah rangsangan paling baik untuk menghasilkan susu.
Ibu juga boleh tandem pumping semasa menyusukan anak. Dapatkan bantuan pasangan atau anak yang lebih tua untuk tandem pumping ini.

Power pumping

Teknik ini mampu menyelesaikan masalah susu kurang. Waktu tengah malam adalah waktu terbaik, kerana hormon prolaktin tinggi ketika ini. Mungkin ibu perlu mengorbankan masa tidur yang enak, tapi (yakinlah) ia berbaloi.
Teknik power pumping adalah mengepam selama 20 minit, berhenti 10 mint dan mengepam semula 20 minit. 20-10-20. lakukan 2 atau 3 kali seminggu.

Mohon pada Allah

Terkadang kita lupa, bahawa susu ibu ini diberikan oleh Allah.
Oleh itu mohonlah bersungguh-sungguh, mohon agar diberikan limpahan susu yang cukup untuk anak tersayang. Doa & usaha perlu seiring.

Guna milk booster

Rata-rata ibu pasti akan mencari milk booster untuk atasi masalah ini. Namun perlu diingat, jangan bergantung 100% kepada milk booster. Mengepam secara konsisten dan pengambilan air yang cukup adalah penting bagi membawa pulang susu yang cukup untuk anak

Yang ini anda boleh dapatkan Milk Bosster Shaklee.Jika berminat hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Bainun samsudin
017 5755815
Agen Shaklee Sah Anda

You Might Also Like

0 comments