Tips Atasi Anemia Semasa Mengandung Supaya Tak Cepat Lesu

Ibu hamil memang tak dapat lari dari anemia. Sebenarnya bagaimana dan apakah punca anemia?Apakah rawatan untuk anemia ini?

Biasanya ibu mengandung yang mengalami anemia ni akan rasa cepat letih. Penyebab utama anemia ketika hamil adalah kurang zat besi.

Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan. Bila jangkamasa kandungan semakin meningkat isipadu darah makin bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku.

Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasilan plasma darah lagi bertambah dan menyebabkan keadaan yang kita panggil anemia relative atau fisiologi.Di kalangan populasi yang cukup zat besi, seseorang itu dikatakan mengidapi anemia bila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

Tanda-tanda anemia :

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan anemia kepada ibu :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan anemia kepada kandungan :

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.
3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.
4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.
6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.
7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Pengambilan Hematinik

1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.
2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.
3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi.
4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.
5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.

Kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea:


Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.

Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.

Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Tak lengkap rasanya jika tak sertakan video menarik untuk tatapan pembaca sekalian.Lebih jelas dan nyata la ek akan kebaikan mengambil zat besi ketik hamil

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Untuk Info & Order hubungi saya Bainun samsudin(id no 963254) 017-5755815 email:bainun.samsudin@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments