7 TIPS SERIKAN WAJAH YANG PATUT MENJADI AMALAN KITA HARI-HARI

KECANTIKAN kulit harus dijaga kerana ia adalah anugerah dari ALLAH



7 Tips Terbukti Berkesan Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita

Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.

Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.

Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan
.
Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya..Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi.
Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan.
Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.

Tanya pada diri anda:
>> Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
>> Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?

Oleh itu artikel ini akan menyenaraikan beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.

1 > Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

2 > Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.
-Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

3 > Mengurut wajah dari bawah dengan selawat
Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.
Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.


Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)

4 > Baca surah Al-Waqiah

5 > Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh

6 > Berdoa setiap kali melihat cermin

7 > Menggunakan produk yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah

Boleh dpatkan jugak Vitamin cantik Shaklee dengan saya



Hubungi untuk membuat pesanan

Bainun samsudin
017-5755815


You Might Also Like

0 comments