5 TIPS MENDAPATKAN BENTUK TUBUH YANG MENARIK UNTUK ISTERI-ISTERI IDAMAN SUAMI

Perut yang kempis, pinggang yang kecil serta bahagian punggung pejal menjadikan tubuh wanita begitu berharga. Inilah bentuk tubuh yang diidamkan kaum Hawa. Bukan senaman sahaja yang membantu anda memiliki tubuh idaman ini , banyak lagi petua yang menarik.




Jom selongkar.

1) POSTUR YANG BETUL

Untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan mengatasi masalah lebihan lemak, cara terbaik adalah memastikan postur badan anda betul. Berdiri, berjalan dan duduk dengan cara yang betul. Tegakkan badan dan jangan sesekali membongkokkan badan kerana ia menyebabkan tubuh kelihatan bengkok selain menyebabkan lemak mudah berkumpul dibahagian  perut..Haaaa...betul kan..

Cara yang betul akan membantu mencantikkan bentuk badan anda.Mulai hari ini ubah cara duduk, berjalan dan berdiri. Ingat ok..Tegakkan badan.

2) PAKAI KORSET

Lebihan lemak dan selulit berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk golongan yang kurus. Mungkin tubuh kurus tetapi mengalami masalah perut buncit. Bagi mengatasi masalah ini, gunakan korset atau pakaian dalam yang membantu membentuk tubuh agar lebih nampak menarik .Terutamanya menarik di mata suami kan..

Ia menyokong bahagian tubuh yang menjadi aset kepada wanita khususnya payudara dan punggung agar berada dalam "acuan".

3) AMALAN BERPANTANG

Selepas melahirkan cahaya mata, wanita mengeluh mengalami masalah berat badan dan isi menggeleber. Betul tak? semua ini berlaku kerana proses kehamilan yang mengubah bentuk fizikal. Usahlah susah hati, gunakan tempoh berpantang untuk merawatmasalah dalaman dan mencantikkan kembali bentuk fizikal anda.

Memakai bengkung untuk membantu mengembalikan kelangsingan tubuh. Pemakaian bengkung yang betul dikatakan dapat menghangatkan tubuh, membakar lemak dan menurunkan berat badan secara berperingkat.

4) SUPLEMEN

Anda boleh memilih mengambil suplemen moden. Makanan tambahan tersebut bukan sahaja membantu memulihkan kesihatan dan sebgai cara terbaik menjaga kesihatan dalaman, malah ia juga dikatakan mujarab untuk menurunkan berat badan.

Selain itu, pengamalan suplemen dapat menjadikan tubuh langsing dan bahagian intim anjal serta lebih menarik. Pilih la makanan tambahan yang bersesuain dengan anda ok.

5) TINGGALKAN AMALAN BURUK

Jangan sesekali makan lewat malam kerana tubuh akan mudah naik kerana pada waktu malam tiada aktiviti fizikal yang dapat membantu membakar kalori. Selain itu, elakkan minum air bersulam makanan kerana ia menyebabkan perut buncit.

Agar tubuh cergas dan tampak segar, elakkan tidur diwaktu siang terutama selepas Asar. Amalan ini menyebakan tubuh lemah, dan berat badan mudah naik serta wajah menjadi lesu.


You Might Also Like

0 comments