TIPS UNTUK PEMAKANAN SIHAT

Tips Untuk Pemakanan Sihat

Di Malaysia, kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang menarik. Hidangan seperti Nasi Lemak, Sate, Nasi Goreng dan Nasi Dagang merupakan masakan terbaik Malaysia dan dikenali di seluruh dunia. Namun, makanan yang lazat ini tidak selalunya sihat – kerana ia disaluti dengan gula, digoreng atau penuh dengan santan!

Harus diingat… pemakanan sihat boleh membantu mencegah penyakit seperti penyakit jantung dan strok, menolong anda kekal muda dengan anti oksidan dan memanjangkan jangka hayat supaya anda boleh meluangkan lebih masa dengan mereka yang tersayang

Untuk diet yang sihat dan seimbang, adalah disyorkan untuk lelaki supaya mengambil kira-kira 2,500 kalori sehari (10,500 kilojoule) manakala untuk perempuan seharusnya mengambil kira-kira 2,000 kalori sehari (8,400 kilojoule). Walau bagaimanapun, jumlah ini mungkin berbeza mengikut umur, metabolisme dan tahap aktiviti fizikal.

Apa itu Kalori?

Kalori merupakan sukatan kandungan tenaga di dalam makanan dan minuman. Jumlah tenaga yang diperlukan adalah bergantung kepada:

umur  – remaja memerlukan lebih banyak tenaga daripada pesaragaya hidup – lebih banyak tenaga akan dibakar sekiranya anda lebih aktifsaiz – ketinggian dan berat badan anda dapat mempengaruhi kecepatan anda menggunakan tenaga

Di sini saya senaraikan beberapa tips dalam pemilihan makanan yang sihat

Kesederhanaan dan diet yang seimbang: Makan mengikut keperluan badan anda. Anda sepatutnya merasa kenyang tanpa mengalami kembung perut sebaik saja anda habis makan. Kesederhanaan juga adalah berkaitan dengan keseimbangan; anda perlu menyeimbangkan karbohidrat, protein, lemak, fiber, vitamin dan mineral untuk mengekalkan badan yang sihat.

Sediakan makanan anda sendiri: Memasak makanan anda sendiri di rumah dapat membantu anda mengawal pemakanan anda dan apa jua yang dimasukkan ke dalam makanan anda.

Baca label makanan: Adalah penting untuk mengetahui apa yang ada di dalam makanan anda kerana pengilang sering menyembunyikan jumlah gula dan garam di dalam makanan yang dibungkus, walaupun pada makanan yang diakui sebagai makanan sihat.

Makan dengan kerap: Melangkau waktu makan terutamanya sarapan pagi boleh menyebabkan kelaparan di luar kawalan, kadangkala boleh menyebabkan makan secara berlebihan.. Sarapan pagi yang sihat merupakan bahagian penting dalam diet seimbang dan menyediakan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Makan pelbagai jenis makanan: Anda memerlukan nutrient yang berlainan untuk kesihatan yang baik dan tiada makanan tunggal yang boleh membekalkan kesemuanya sekali.Bekalan makanan pada ketika ini  menjadikan ia mudah untuk memakan pelbagai jenis makanan. Seimbangkan pilihan anda! Sekiranya anda mengambil makan tengah hari yang tinggi-lemak, ambil makanan malam yang rendah lemak. Sekiranya anda memakan hidangan daging yang banyak sewaktu makan tengah hari, makanlah ikan untuk makan malam.

Jadikan makanan kaya karbohidrat sebagai asas diet anda: Lebih separuh daripada kalori dalam diet anda harus datang daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti roti, pasta, beras, bijirin lain dan kentang. Cubalah roti bijirin, pasta dan bijirin penuh lain juga untuk meningkatkan pengambilan serat anda.

Kurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti lemak tepu dan gula.Menggantikan lemak haiwan tepu dengan sayur-sayuran lemak (seperti menukar mentega kepada minyak zaitun) akan membawa perubahan positif kepada kesihatan anda. Lemak tepu juga terdapat dalam makanan seperti keju keras, kek, biskut, sosej, krim, mentega, dan pai. Makanan dan minuman bergula seringkali tinggi dalam tenaga yang menyumbang kepada penambahan berat badan. Jadi elakkan makanan ini untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu anda.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran:Makan sekurang-kurangnya lima hidangan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Segelas jus buah-buahan asli (150ml) tanpa gula boleh dikira sebagai satu bahagian, dan sayur-sayuran yang dimasak ke dalam hidangan juga diambil kira.

Kurangkan pengambilan garam: Mengambil terlampau banyak garam boleh meningkatkan tekanan darah anda. Walaupun anda tidak menambah garam ke dalam makanan anda, anda mungkin masih mengambil terlalu banyak kerana kira-kira tiga suku daripada jumlah garam yang kita ambil sudah dalam terdapat di dalam makanan yang kita beli. Gunakan label makanan untuk membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan. Lebih daripada 1.5g garam per 100g bermaksud makanan yang tinggi kandungan garam. Dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 11 tahun harus makan tidak melebihi 6g garam sehari. Manakala, kanak-kanak yang lebih kecil harus mengambil lebih kurang dari jumlah tersebut.

Minum banyak air: Anda perlu meminum minuman sebanyak 1.5 sehingga 2 liter cecair setiap hari untuk mengelakkan dehidrasi. Ini merupakan tambahan kepada cecair yang anda dapati dari makanan yang anda makan. Anda mungkin memerlukan lebih lagi sekiranya mengalami cuaca panas atau sekiranya anda aktif secara fizikal.

Ubah pemakanan, ubah kehidupan anda!

Anda juga boleh dapatkan suplimen kesihatan dari saya.Yang pastinya dengan keadaan semasa sekarang,badan kita memerlukan nutrien yang sihat dan seimbang

Jenama shaklee pilihan hati

Bainun

0175755815

You Might Also Like

0 comments