TIPS KAWAL KOLESTROL DI MUSIM RAYA QURBAN

Tires Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah

Macam mana nak kurangkan kolesterol dalam darah? Ini tips yang mudah dan selamat yang boleh anda semua amalkan.

Kawal Pemakanan

Saya tahu, ini yang paling susah dan ramai mengelat untuk buat. Tapi inilah yang paling utama. Bukan kata tak boleh makan langsung, tapi kawal. Maksudnya, bila anda makan pastikan makanan anda seimbang. Ada sayur-sayuran, buah-buahan dan paling penting sebenarnya, elakan makanan lemak trans dan lemak tepu. Contohnya seperti, donat, majerin, biskut, makanan bergoreng dan seumpamanya.  Elakkan daging merah, telur, susu penuh ,daging merah, dan kuning telur adalah makanan kolesterol yang pekat.

Habis tu, makanan apa yang boleh turunkan kadar kolesterol dalam darah ni?

Buah-buahan.

Watak utama atau hero dalam menyelamatkan keadaan. Buah-buahan seperti manga, anggur, epal dan buah kurma dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Kacang Soya

Produk-produk soya adalah satu lagi contoh makanan merendahkan kolesterol. Beberapa kajian mencadangkan bahawa makanan yang mengandungi soya boleh mengurangkan kolesterol buruk seseorang. Mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Selain itu, ianya juga mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis

Oatmeal

Wah, menu ini mungkin ramai yang kata tak lepas tekak, tapi ada juga yang suka. Kepada yang suka, tahniah dan teruskan. Dah betul dah tu. Bagi yang susah nak telan, nasihat saya google lah di internet dan carilah resipi oat yang sedap. Ada ja resipi oat yang kreatif dan menyelerakan. Anda boleh cuba. Oat ni dapat menurunkan jumlah penyerapan kolesterol dalam sistem pencernaan anda, tahu?

Bersenam

Bersenamlah sekurang-kurang 30 minit setiap sesi, 3-4 hari seminggu. Mudah saja kan sebenarnya, bersenam tak semestinya perlu ke gym, anda boleh saja lakukan senaman-senaman ringan di taman rekreasi yang berdekatan ataupun dalam rumah pun boleh. Ini dapat membantu merendahkan kolesterol, mencapai berat badan ideal dan boleh juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Lebih awet muda, gitu. Cubalah.

Berhenti Merokok

Wohoo, ini serius. Amatlah berat bunyinya bagi perokok tegar, tapi amatlah baik sebenarnya untuk kesihatan. Merokok ni sebenarnya boleh memburukkan lagi tahap kolesterol anda. Jadilah lebih sihat, positif dan jimat wang anda dengan berhenti merokok.

Minum Teh

Teh hijau bukan saja bagus untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan tekanan dan bertindak sebagai antibakteria, tetapi ianya juga sangat bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam darah. Teh hijau mengurangkan paras kolesterol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding kolesterol jahat dalam badan.

Makanan Tambahan

Omputih kata, supplement.  Banyak sebenarnya produk yang boleh membantu dalam masalah ini sampai pengguna sendiri tak tahu nak pilih yang mana. Jadi, untuk memudahkan anda, saya syorkan produk terbaik daripada Shaklee

Dengar nama pun dah hebat, apatah lagi kalau dah cuba, kan?

Produk ini dapat  menstabilkan paras kolesterol  dengan mudah, cepat dan selamat.

Suplimen Shaklee yang dapat stabil kan paras kolestrol

1-Vivix Untuk Kolesterol

Kandungan utama Vivix ialah Resveratrol yang yang kaya dengan antioksidan. Ia
berfungsi untuk melindungi sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Resveraterol juga terbukti berkesan dalam mencegah  kolesterol dari melekat atau membeku di saluran darah.

2.Phytocol-ST – Menghalang pembentukan kolestrol jahat

3.Omega Guard – EPA dan DHA menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL

4.Vita-C – vitamin C menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri

5.Vita-E – vitamin E memperbaiki peredaran darah dan menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas.

6.B Complex – Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol

7.Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah

8.Lecithin – Cholin dan inositol berfungsi dalam metabolisma lemak

Jom try resipi ni

Banyak dapat kan daging kurban

Bahan untuk Daging:

1 kg daging lembu

50 gm bawang besar - dikisar halus

20 gm bawang putih - dikisar halus

10 gm serbuk kari

10 gm halia - dikisar halus

Garam - secukup rasa

Serbuk perasa - secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.

2. Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa

3. Perapkan daging selama 2 jam

4. Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak

Bahan untuk Air Asam Jawa :

Air asam jawa

1 biji bawang besar - dipotong kecil

2 biji lada merah - dipotong kecil

2 biji lada hijau - dipotong kecil

1 biji tomato - dipotong kecil

10 biji cili padi - dipotong kecil

10 gm belacan - dibakar / digoreng

Garam - secukup rasa

Gula - secukup rasa

Limau nipis

Cara membuatnya:

1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan kedalam air asam jawa.

2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.

3. Semua bahan digaul rata

4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi. - CARI Infonet

Sumber: Resepi Sheila Rusly

You Might Also Like

0 comments