4 KAEDAH YANG WAJIB DILAKUKAN KETIKA ANAK DEMAM

1. Kaedah ‘Sponging’

‘Sponging’ atau menjelumkan kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu anak demam malam. Cara untuk melakukan ‘sponging’ ini adalah:

Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.

* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.

* Kemudian,lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.

* Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan di celah ketiak.

* Akhir sekali,lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.

* Ulangi cara tersebut dan lakukan selama 30 minit.

2.Berikan Anak Ubat Demam Mengikut Dos Dan Waktu Yang Ditetapkan

Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang.Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi 4 dos sehari.

Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa berikan dos yang terakhir diantara jam 11-12 tengah malam. Jika ibubapa mematuhi waktu ini,anak demam malam boleh tidur dengan selesa dan suhu malamnya tidak terlalu tinggi.

3.Galakkan Anak Minum Air Dengan Banyak

Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Oleh itu,letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecil, anda sebagai ibubapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya. Alternatif lain adalah anda boleh masakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
 
4. Pakaikan Anak Anda Dengan Pakaian Nipis

Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak mereka dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya anak demam malam. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.

You Might Also Like

0 comments