TIPS ATASI STRESS

Apabila kita Stress dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup, paling biasa kita lakukan adalah berkongsi masalah kepada teman rapat,ahli keluarga dan orang yang paling dipercayai

Namun,tahukah kawan kawan sebenarnya cara untuk kita tangani stress ,boleh dan amat dianjurkan dalam islam dengan melakukan pendekatan rohani

Kakcun pun tak terkecuali dari ditimpa masalah

In sya Allah kalau, bila diri termotivasi, segala apa masalah yang datang dapat ditempuhi dengan tenang,

Jadi, apa nak buat?

1. Memperbanyak dzikrullah.
Dzikrullah ini menjadikan hati seseorang merasa nyaman dan tenteram dengan Allah swt. Inilah yang menjadi senjata ampuh untuk menghadapi berbagai tarikan hawa nafsu dan syahwat yang sering kali diprovokasi oleh syaitan dengan bisikan-bisikannya.

Firman Allah swt : “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar Ro’d : 28)

2. Memilih persekitaran yang baik.

Kakcun biasa akan berada dalam kalangan orang orang yang dapat mengurangkan rasa tekanan dan stress

Ataupun buat sesuatu yang kakcun suka ,misalnya ambil angin tepi laut atau bawa anak anak jalan

Dan yang paling penting kakcun tak lupa yang ni👇👇

3. Memperbanyak berdoa kepada Allah

Sesungguhnya hati manusia berada diantara jari jemari Allah swt, Dialah yang kuasa mengarahkannya sesuai dengan kehendak-Nya.

Untuk itu mulailah melangkah hari ini, seseorang boleh berjalan ribuan kilometer disebabkan orang itu memulainya dengan satu langkah. Satu demi satu langkahnya dihayunkan dengan keyakinan bahawa ia akan sampai pada titik akhir perjalanan yang diinginkannya.

Sesungguhnya perjalanan yang akan ditempuhi masih sangat panjang untuk itu diperlukan kebersihan niat, kesabaran dan tawakal  kepada Allah swt.


You Might Also Like

0 comments