Tips Ibu Mengandung Bayi Pertama

  • Tuesday, November 11, 2014
  • By Unknown
  • 0 Comments

Salam sayang untuk semua


Di saat doktor memberitahu anda bahawa anda kini sudah disahkan hamil, apakah perasaan anda ketika itu?Ohh, sungguh teruja dan amat bahagia kan. Semestinya ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan sayang itu akan lebih erat jika kita dianugerahkan cahaya mata.

Semua wanita akan rasa yang sama. Tidak boleh digambarkan seronoknya macam mana. Si suami pun begitu. Kehamilan pertama sudah pasti akan dihebahkan pada sanak saudara serta rakan taulan .Betul bukan?

Bagi kaum hawa anda jangan la terlalu teruja sangat apabila disahkan "positif". Sebaiknya ambil langkah berwaspada kerana usia kehamilan masih awal. Sebarang kemungkinan mungkin boleh berlaku. Ok apa yang patut anda lakukan?

1. bersyukur padaNya yang memberikan rezeki itu
2. Membuat buku rekod kesihatan
3.Mengambil makan tambahan
4. Berhenti mengambil ubatan
5.Jangan sesekali merokok
6.Pemakan yang sihat
7. Kawal berat badan
8. Elakkan kerja berat

Ok.Next nak share pulak yang ni. Biasanya sesetengah wanita kan mengalami simptom simptom berikut di usia kandungan 2-4 bulan.Berikut merupakan cara-cara menyedari kehamilan pada peringkat awal.

Kehamilan Awal

Terasa Mual - Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

Kerap Buang Air Kecil - Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Kram/Tegang Bawah Perut - Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda. Rasa ini seakan-akan sakit sebelum datang bulan.

Mengidam - Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.

Moody - Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.

Bau Badan - Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

Pengsan - Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.

Rasa lelah/letih yang berlebihan - Rasa lelah/letih yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.


Sembelit - Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

Payudara Berubah - Payudara terasa lebih penuh, berat, nyeri saat ditekan, rasa geli, areola (daerah sekitar puting) menghitam, kelenjar keringat di areola menonjol seperti bintil-bintil, jaringan alur-alur biru terlihat di bawah kulit akibat masukan darah ke payudara meningkat.

Sakit Kepala (Headaches) - Gangguan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil diakibatkan oleh remat fisik; rasa lelah/letih, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Sedangkan penyebab emosional iaitu adanya perasaan tegang dan depres. Selain itu, peningkatan aliran darah ke seluruh tubuh juga menyebabkan rasa pening saat ibu berubah posisi.

Jom dapatkan set Nutrisi Ibu Hamil Shaklee

Amat bagus jika bayi dalam kandungan dapat menerima zat-zat yang bagus dari awal kehamilan



rakan Shaklee Anda

Bainun samsudin

017 5755815







You Might Also Like

0 comments