Amalan amalan murah rezeki

  • Thursday, November 06, 2014
  • By Unknown
  • 0 Comments

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah melimpahi hambaNya dengan keluasan rezeki . Antaranya:

1) Menyempatkan diri untuk beribadah
"wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu" (Riwayat Ahmad,Tirmizi, Ibnu Majjah dan al-hakim dari A bu Hurairah r.a)

2) Memperbanyakkan istighfar
"Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah  akan menghapuskan segala kedukaan, menyelesaikan masalah dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka" (riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'I, Ibnu Majjah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

3) Tinggalkan perbuatan dosa
"..dan seorang lelaki diharamkan baginya rezeki kerana dosa yanng dibuatnya (Riwayat at-Tirmizi)

4) Sentiasa ingatkan Allah
" (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan mengingati Allah". (Ar-Ra'd:28)

5) Berbakti dan mendoakan ibu-bapa
Mendoakan ibu-bapanya juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w
"apabila hambanya itu meninggalkan berdoa kepada kedua ibu-bapanya nescaya terputuslah rezeki Allah (SWT) daripadanya (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
"tidaklah kamu diberi rezeki oleh Allah melainkan  kerana orang-orang yang lemah di kalangan kamu" (Riwayat Bukhari)

7) Banyakkan berselawat
InsyaAllah dengan berselawat dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan dan kesukaran. Wallahuala'lam.

8) Buat kebajikan  banyak-banyak
"sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya"

9) Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat

10) Menjalin silaturahim
Nabi s.a.w bersabda:

" Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatka ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya"(Riwayat Bukhari)

11) Melazimi kekal berwudhuk
"Sentiasalah berada dalam keaadaan bersih nescaya Allah akan memurahkan rezeki" (diriwayatkan daripada Saiyidina Khalid al-Walid)

12) Bersedekah
" Hai zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba ditentang oleh Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) kepada setiap hamba yang sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya" ( Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

13) Melazimi solat malam(tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki , menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

14) Melazimi solat Dhuha


" Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha) nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya"

15) Bersyukur kepada Allah
"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras" (Ibrahim :7)

16) Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat Al-Quran menenangkan, menjernihkan dan meluaskan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman agama, diberi kemanisan  iman dan dilapangkan rezeki,

17) Berdoa
Berdoa menjadikan seseorang hamba dekat dengan Allah s.w.t, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.

18) Berikhtiar dengan sehabisnya
Siapa berusaha pasti dia akan dapat. Ini sunnatullah.

19) Bertawakal
"barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya," (At-Thalaq:3)

20) Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang


You Might Also Like

0 comments