Merana Kaki Kena Potong Sebab Suka Makan Makanan MAnis-Manis

  • Saturday, November 29, 2014
  • By Unknown
  • 0 Comments

Diabetis VS Kencing Manis

Hai semua

Apakah itu kencing manis??Adakah kencing manis dan Diabetis adalah penyakit yang sama??

Yess.. Memang sama. Beza dari segi bahasa jer.

Sebenarnya kencing manis ini diketahui apabila membuat ujian ujian darah ke atas seseorang. dan apabila keputusan darah diperolehi, didapati kandungan gula dalam darah.



Nama alternatif:
Insulin-dependent diabetes; Juvenile onset diabetes; Diabetes - Jenis1

Definisi:
Diabetes jenis 1 adalah penyakit sepanjang hayat (kronik) di mana terdapat paras gula (glukosa) yang tinggi dalam darah.

Punca-punca dan faktor risiko:

Diabetes jenis 1 boleh berlaku kepada mana-mana peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia paling kerap didiagnosis di kalangan kanak-kanak, remaja atau golongan muda.

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel-sel khas, yang dipanggil sel beta di dalam pankreas. Pankreas boleh didapati di belakang perut anda. Insulin diperlukan untuk menjalankan gula dalam darah (glukosa) ke dalam sel, di mana ia disimpan dan kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Dalam diabetes jenis 1, sel-sel beta menghasilkan insulin yang sedikit atau tidak langsung menghasilkan sebarang insulin.



Tanpa insulin yang cukup, glukosa dibina di dalam aliran darah dan tidak dapat masuk ke dalam sel. Oleh yang demikian, tubuh badan tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menghasilkan tenaga. Hal ini membawa kepada gejala-gejala diabetes jenis 1.

Punca sebenar diabetes jenis 1 tidak diketahui. Besar kemungkinan ia adalah satu gangguan autoimun. Jangkitan atau beberapa pencetus lain boleh menyebabkan tubuh badan tersilap menyerang sel-sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Gangguan ini boleh diturunkan melalui gen keluarga.

Komplikasi yang mungkin berlaku termasuk: 
Gangguan mata
Radang saraf
Masalah buah pinggang
Pembuluh darah terjejas (arteriosklerosis, tekanan darah tinggi, strok, infarksi miokardium)
Reaksi kulit dan penyembuhan luka yang lambat
Jangkitan kuman (saluran terutamanya saluran kencing dan kulit)  
Mati pucuk 
Peningkatan mendadak gula dalam darah (hiperglisemia)
Insulin hipoglisemia berlebihan

Diabetes Mellitus Jenis II

Adalah suatu penyakit yang terdiri daripada pelbagai kegagalan yang dicirikan sebagai hiperglisemia dan hasil gabungan rintangan kepada tindakan insulin, insulin tidak mencukupi,dan rembasan insulin yang berlebihan. Diabetes Mellitus Jenis II ini dikaitkan dengan pelbagai mikrovaskular, makrovaskular, dan komplikasi neuropathik.

Bagi seseorang yang sihat, insulin dapat membantu dalam mengubah makanan kepada tenaga secara cekap. Perut akan mencernakan karbohidrat daripada makanan menjadi glukosa. Glukosa kemudian akan memasuki aliran darah dan akan merangsang pancreas untuk membebaskan insulin dalam jumlah yang betul. Insulin hormone akan membolehkan glukosa memasuki sel-sel di seluruh tubuh yang akan digunakan sebagai bahan tenaga. Glukosa yang berlebihan akan disimpan di dalam hati.

Diabetes Mellitus Jenis II merupakan penyakit yang menyerang manusia pada semua peringkat umur. Gejala pada awalnya adalah tidak dapat dikesan. Boleh dikatakan kira-kira satu daripada tiga orang yang menghidap diabetes mellitus jenis II tidak mengetahui bahawa mereka menghidapinya. Keadaan ini menjadi bertambah kronik apabila kemampuan tubuh untuk mengunakan karbohidrat di dalam makanan menjadi tenaga. Hasil daripada pencernaan tersebut akan menjadi gula dalam darah yang tinggi. Dari masa ke semasa, gula yang berlebihan ini akan meningkatkan risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan organ serta keadaan-keadaan lain yang lebih serius.

Diabetes mellitus jenis II berlaku apabila sel-sel tidak boleh menyerap glukosa dengan betul. Ini akan menyebabkan tahap glukosa dalam darah menjadi tinggi. Apabila satu keadaan dimana rintangan insulin terbentuk, maka badan akan mengeluarkan insulin dalam kadar yang berlebihan. Tetapi otot, hati dan sel-sel lemak tidak bertindakbalas dengan betul kepada insulin.

Tidak seperti pesakit Diabetes Mellitus Jenis I, pesakit Diabetes Mellitus Jenis II tidak bergantung sepenuhnya pada insulin untuk hidup. Walaubagaimanapun kebanyakan pesakit yang menghidap Diabetes Mellitus Jenis II akhirnya akan dirawat dengan insulin.

Diabetes Mellitus Jenis II berpunca daripada tabiat kesihatan dan keadaan perubatan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Antara punca-punca penyebabnya terbahagi kepada dua iaitu punca yang boleh dikawal dan warisan.

Punca yang boleh dikawal:

-       Berat badan yang berlebihan terutamanya pada bahagian pinggang.

-       Gaya hidup yang tidak aktif.

-       Merokok.

-       Diet tinggi seperti daging merah, daging diproses, produk tenusu yang tinggi lemak serta gula-gula.

-       Lemak kolesterol dalam darah akan menjadi tidak normal seperti HDL iaitu kolesterol baik akan menjadi rendah daripada 35mg/dL dan paras trigliserida melebihi daripada 250mg/dL.

Punca yang tidak boleh dikawal:

-       Kaum atau etnik.

Afrika, Amerika, orang asli Amerika dan Asia mempunyai risiko yang lebih tinggi.
-       Sejarah keluarga diabetes:

Mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai diabetes.
-       Umur:

45 tahun atau lebih.
-       Jantina:

Perempuan yang mempunyai penyakit kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan diabetes mellitus jenis II di kemudian hari.

Mempunyai sejarah sindrom ovari polisistik juga boleh menyebabkan rintangan insulin yang boleh menyebabkan kencing manis.

Tanda / symptom:

Diabetes Mellitus Jenis II merupakan penyakit yang menyerang manusia pada semua peringkat umur. Gejala pada awalnya adalah tidak dapat dikesan. Boleh dikatakan kira-kira satu daripada tiga orang yang menghidap diabetes mellitus jenis II tidak mengetahui bahawa mereka menghidapinya. Keadaan ini menjadi bertambah kronik apabila kemampuan tubuh untuk mengunakan karbohidrat di dalam makanan menjadi tenaga. Hasil daripada pencernaan tersebut akan menjadi gula dalam darah yang tinggi. Dari masa ke semasa, gula yang berlebihan ini akan meningkatkan risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan organ serta keadaan-keadaan lain yang lebih serius

Adakah anda mempunyai risiko?



Kira BMI Anda

Pengurusan Diabetes Yang Lebih Baik




You Might Also Like

0 comments