Kenalpasti Segala Punca Sukar Hamil dan atasi Masalah Kesuburan dengan Set Subur Shaklee

  • Tuesday, November 18, 2014
  • By Unknown
  • 0 Comments

Salam Ceria untuk anda semua,


Keinginan memiliki cahaya mata tentunya meluap-luap lebih-lebih lagi setelah  bertahun-tahun mencuba namun masih tidak berjaya. Kepada yang berhadapan  dengan masalah seperti ini, adalah penting untuk anda mengetahui bahawa ada banyak faktor  yang boleh menghalang kehamilan.

 Untuk pengetahuan, di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan  kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus.  Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali  sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil  walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu

Tak dipanggil 'keluarga' kalau takde anak bagi pasangan yang berkahwin. Betul kan? Setiap yang berkahwin pasti inginkan anak, maybe nak cepat atau nak lambat sikit atas sebab-sebab tertentu, tak kisahlah apa janji bahagia. Tapi kepada yang sudah lama berkahwin jangan putus asa, cuba dan cuba lagi selagi belum menopos. Tapi ingat, jangan la pula pergi cari khidmat bomoh yang syirik tu. Cubalah rawatan moden atau perubatan Islam, Insya-Allah ada rezeki dapatlah tu.

Punca tak dapat anak ni macam-macam. Ada yang mengandung tapi tak pernah lekat, maksudnya gugur setiap kali mengandung. Ada yang langsung tak mengandung pun boleh jadi berpunca daripada suami juga. Jadi, suami pun kena buat medical checkup untuk pastikan dia bukan puncanya.

Bagi wanita yang gagal mengandung, ada beberapa punca. 

Pertama, ada masalah atau kerosakan pada tiub fallopia (fallopian tube) yang menghantar benih wanita (ovum) dari ovari (kilang benih) ke rahim (uterus) untuk disenyawakan oleh benih lelaki (sperma). Contoh penyakit seperti jangkitan dalam pelvis, endometriosis, pembedahan pelvis boleh jadi penyebabnya.

Kedua, masalah ketidak-stabilan hormon wanita yang mengawal proses ovulasi (pengeluaran benih ovum) dan perubahan dinding rahim/uterus untuk persediaan tempat benih ovum selepas persenyawaan. Jika ada masalah hormon, mungkin tiada ovum yang dikeluarkan atau rahim/uterus tidak boleh menerima benih yang tersenyawa tersebut.

Ketiga, masalah serviks (cervix) dimana sperma tidak dapat melaluinya kerana tersumbat akibat penghasilan lendir (mucus) yang tidak normal atau kerosakan akibat pembedahan lalu. Masalah ini boleh diatasi dengan 'intrauterine inseminations' iaitu benih yang disenyawakan dimasukkan kedalam rahim menggunakan alat.

Keempat, masalah pada rahim atau uterus. Penyakit seperti polip (polyps) dan fibroid.

Kelima, punca yang tidak dapat dikenalpasti walaupun setelah dilakukan semua ujian berlaku dalam lebih
 kurang 20% daripada kes.  

Antara faktor penyebabnya ialah:

1)Usia wanita tersebut

Dalam zaman yang serba moden ini, ramai wanita mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

2) Usia dan tahap kesihatan pasangan

Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.

3)Gaya hidup

Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.

 4)Stres yang melampau

 Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.

5)Pakaian

Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.

 6)Masalah hormon

Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

 7)Bilangan sperma yang rendah

Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

8)Pengambilan kafein

Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus. Ingat, jika anda masih gagal hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dengan bantuan peralatan moden dan kemajuan sains dan teknologi, memiliki anak daripada benih sendiri tidak mustahil. Yang pentingnya usaha.  

Semua sekadar INFO...berusaha dan rezeki itu InsyaALLAH...


Boleh juga Ikhtiar Set Subur Suami Isteri Shaklee Ini..




Sebarang pertanyaan hubungi saya

Bainun samsudin

017 5755815






You Might Also Like

0 comments