Kurangkan Garam Dapat Mencegah Hipertensi

Salam ceria semua,

Cegah Hipertensi, elak Komplikasi



Garam ialah sejenis mineral yang terdapat dalam makan secara semulajadi atau ditambah semasa pemprosesan makanan atau memasak. Ada pelbagai istilah garam.

Garam yang biasa digunakan dalam masakan islah Natrium Klorida (sodium chloride) terdiri dari sebatian dua bahan iaitu natrium(sodium) dan klorida(chloride). garam boleh didapati dalam bentuk halus mahupun kasar.

###Garam juga boleh hadir dalam bentuk MSG Monosodium Glutamate

Jumlah Garam yang disyorkan

Kebanyakan pertubuhan-pertubuhan kesihatan dan pemakanan di seluruh dunia mengesyorkan jumlah pengambilan garam bagi seorang dewasa iaitu tidak melebihi satu sudu teh atau 5gm sehari sahaja (bersamaan 2000mg sodium).

Untuk diet yang sihat dan seimbang lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Serta kurangkan amakan segera dan bertin.

7 Langkah Kurangkan Garam Dalam Diet

1) Banyakkan pengambilan makanan, buah-buahn dan sayur-sayuran segar.

2)Gunakan perencah asli seperti bawang putih, bawang besar atau herba untuk meningkatkan rasa makanan tersebut.

3) Elak menambahkan sos cili, sos makanan, soso tiram, atau kicap semasa menikmati hidangan makanan.

4) Kurangkan penambahan garam dan perencah segra dalam masakan, penyediaan makanan dan di meja.

5) Kurangkan makanan masin seperti keropok masin, keropok, budu, cencalok, belacan, dan sebagainya.

6) Kurangkan pengambilan makanan segera dan makanan proses seperti sardin, sup, kentang goreng dan sebgainya. Basuh semula makann bertin untuk menyingkirkan garam yang ada padanya.


7) Kurangkan pengambilan makanan tin, makanan segera dan makanan proses seperti sardin, sup, kentang goreng dan sebagainya. Basuh semula makanan bertin untuk menyingkirkan garam yang ada padanya.


Kurangkan Garam dapat mencegah HIPERTENSI dan mengelakkan risiko penyakit kronik. Amalkan tabiat pemakanan yang sihat untuk kesejanhteraan hidup anda sekeluarga.



You Might Also Like

0 comments