Kebaikan Susu Ibu untuk Bayi Dan Ibu Itu Sendiri

  • Saturday, December 26, 2015
  • By Unknown
  • 0 Comments

 Dalam entry sebelum ini saya dah share Fakta menegenai susu ibu yang perlu kita tahu. Jadi untuk entry kali ini saya nak kongsikan pula Kebaikan Susu Ibu.


Kebaikan Untuk bayi

    Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
        Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
        Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
    Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
        Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
    Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
    Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
    Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
    Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
    Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
    Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Kebaikan Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

    membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
    membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
    mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
    menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan:

    Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
    Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Semoga dapat memberi manfaat kepada ibu ibu semua.

Jom sama sama support kepada penyususan susu ibu sepenuhnya kepada bayi anda masing masing

Konsultasi dan Tips Penyusuan secara PERCUMA dari saya

Pengalaman Mengamalkan Set Menyusu Shaklee sendiri



You Might Also Like

0 comments