KETAHUI TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN BAYI


Ada antara anda mungkin bakal melahirkan cahaya mata pertama. Macam saya dulu, agak takut kerana tidak mempunya apa pap pengalaman lagi.Tapi jangan bimbang. Di sini saya kongsikan tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia.



Antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:

a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba

b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut

c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu

d. Sengal di bawah perut seperti senggugut

e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit

f. Kontraksi berlaku semakin kerap

Info: Waktu kelahiran; tempoh masa melahirkan biasanya dibahagikan kepada tiga tahap. Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 16 jam bagi ibu yang baru pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah berpengalaman.

Tahap pertama

Kelahiran bermula:
Rasa sakit pada bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks.
Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga bahagian bawah abdomen (rongga perut).
Keadaan ini berlaku dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali berlakunya kontraksi.
tanda-tanda, akan keluarnya mukus yang bercampur darah dari faraj. Ini adalah disebabkan mukus mula memenuhi srviks


 Tahap kedua

serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat pundi ketuban pecah.
Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi kencing anda supaya tidak mengembung kerana boleh menghalang kepala bayi daripada turun.
Semasa proses kelahiran, anda perlu baring pada posisi yang sesuai sambil meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke puncaknya.
Pada ketikan ini, kepala bayi sudah berada pada perineum dan bahagian dubur mulai mengembang. Tugas yang paling kritikal pada tahap kedua ialah untuk mengelak perineum terkoyak

 Tahap ketiga

a. proses pengeluaran uri dan selaput ketuban
uri biasanya cepat lekang, ia akan mengambil masa dua hingga lima minit selepas bayi lahir.
selepas ia lekang sepenuhnya, doktor akan menggunakan sebelah tangan untuk menolak rahim yang mengecut ke arah pusat, manakala tangan satu lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan berat uri yang keluar.

b. proses menghentikan pendarahan dan menjamin pengecutan serta penarikan rahim dengan sempurna.

Urutan perineum dan episiotomi
Urutan perineum biasanya urutan yang dipraktikkan oleh wanita hamil di kawasan faraj sebagai persediaan untuk bersalin.
Urutan dilakukan untuk mengurangkan risiko perineum daripada terkoyak ketika kelahiran berlaku.
Episiotomi biasanya dilakukan oleh doktor dengan menggunting sedikit faraj untuk memudahkan laluan bayi.
Tidak semua wanita hamil memerlukan episiotomi kecuali pada kes-kes tertentu seperti kandungan sulung, sebelum prosedur vakum atau forsep dan juga kelahiran songsang.

Dapatkan Set Bersalin SHAKLEE 
Ramai mommies setuju ini SET BERSALIN lengkap, mudah, berkesan dan harga berpatutan! 
PM INBOX SAYA HARI INI.

017 5755815
Bainun samsudin

You Might Also Like

0 comments