BENARKAH SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK

  • Saturday, December 26, 2015
  • By Unknown
  • 0 Comments





Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. 

 Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Persoalannya Benarkah, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda?

 Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:

1) gastroenteritis;
2) pneumonia dan bronkolitis;
3) jangkitan salur kencing;
4) ekzema;
5) jangkitan telinga.

Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi berusia 2 tahun sebaiknya.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu badan.

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda.

Anda juga boleh mendapatkan Tips Penyusuan dan Suplimen Pilihan Terbaik Untuk membantu proses penyususan anda dengan saya.

Semestinya Set Penyususan Shaklee mengandungi beberapa Set Pilihan mengikut bajet anda masing masing.


sebarang order dan pertanyaan boleh terus hubungi saya

Bainun Samsudin

Call/Sms/Whatsup 017 5755815

You Might Also Like

0 comments