PERLUKAH AIR SELUSUH UNTUK IBU YANG MAHU BERSALIN

Perlukah Air Selusuh Untuk Ibu Yang Mahu Bersalin?
==========================================



Ikut pengalaman bersalin dulu yang minum air selusuh saya tak boleh nak bezakan berkesan atau tidak sebab maklumlah anak pertama tiada pengalaman untuk membezakan rasa tu.
.
Air selusuh ni terbaik kalau disediakan oleh suami sendiri. Biasanya air selusuh ni dibacakan ayat-ayat Quran dan diharapkan dapat membantu dalam proses ibu melahirkan nanti. Kalau sebaiknya minta suami buatkan bila dah hampir minggu melahirkan.
.
Harini saya nak share tentang cara buat air selusuh yang share dapat dari majalah yang mana Ustaz Don ada share. Saya kongsikan petua buat air selusuh mengikut Ustaz Don. 
.
Cara Buat Air Selusuh Untuk Mudahkan Proses Bersalin

Bacakan ini ke dalam air yang mahu dijadikan air selusuh (boleh juga gunakan air zamzam).

- Surah Al Fatihah
- Surah Al Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa’
- Doa selusuh

Terjemahannya: 

” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderiaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

- Doa permudah

Terjemahannya:

” Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan RahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”.
.
.
Jadi lepas ni bolehlah print dan bagi dekat suami masing-masing suruh buat air selusuh ye. Yelah kita merancang, Allah yang menentukan, tak salah kita berusaha jangan sampai jadi syirik pulak.
.
Tapi yang ni tidaklah mendatangkan syirik sebab kita hanya bacakan surah dari al Quran sahaja dan ia salah satu dari usaha kita. Bersalin ni bukan proses yang biasa, ada kesukaran dan ada kemudahannya, apa salah bantu isteri dengan cara ni kan.
.
Buat ibu-ibu yang sudah hampir masa menunggu hari, semoga selamat semuanya, bersalin dengan tenang dan dapat bayi yang sempurna dan sihat.

Semoga Bermanfaat

You Might Also Like

0 comments