11 SEBAB KENAPA PERLUNYA BERBENGKUNG KALANGAN IBU BERSALIN

  • Saturday, December 26, 2015
  • By Unknown
  • 0 Comments

Berbengkung merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak melakukan amalan ini. Ia bertujuan untuk mengelakkan angin memasuki bahagian perut semasa dalam pantang.



Setiap amalan pantang memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Termasuklah amalan berpantang.
Amalan ini ini menggunakan kain yang panjang dililit dan diikat kemas di sekeliling bahagian perut.

Jom ketahui 11 Tujuan berbengkung supaya kita lebih terbuka dalam mengamalkan amalan berbengkung selepas bersalin

#1 Mempercepatkan pengeluaran darah kotor

#2 Mengempiskan perut serta memulihkan keadaan perut seperti mengurangkan kesan regangan, melicinkan dan menghilangkan tompok hitam pada kulit perut

#3 Membuang angin didalam badan sewaktu berbengkung

#4 Mengelakkan badan dari masuk angin

#5 Menguatkan dan mengembalikan kedudukan tulang belakang dan menyokokng rahim supaya tidak "jatuh" daripada kedudukan asal.

#6 Memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan bengkung dan ubat yang sempurna.

#7 Mendapat bentuk tubuh yang ramping

#8 Mengelakkan masalah perut buncit

#9 Mengembalikan kedudukan peranakan

#10 Mengecutkan rahim selepas bersalin

#11 Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin

So please jangan ambil mudah yer..


You Might Also Like

0 comments