Tips Untuk Anak Sentiasa Sihat

Sebagai ibu bapa sudah lumrahkan inginkan anak yang dilahirkan sihat dan sempurna. Dijaga dan dibelai sejak dari kecil dengan penuh kasih sayang. Namun demikian kadang kala kita sebgai ibu bapa yang bekerja terlalu sibuk sampaikan tak ambil kisah pasal kesihatan anak-anak.

Makanan anak marupakan hal yang terpenting bagi pertumbuhan anak. Masa pertumbuhan yang paling optimal adalah saat masa anak-anak. Di saat itulah merupakan masa terpenting bagi anak.

Ini juga merangkami Vitamin keperluan untuk anak-anak.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:

-Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.

-Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.

-Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

-Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.

-Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.

-Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.

-Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?

-Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

-Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

-Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan.

-Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.

Video ini dapat membantu anda untuk memilih makanan tambahan yang terbaik untuk anak anda.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Sebarang pertanyaan dan order boleh hubungi saya

Bainun samsudin
017 5755815
bainun.samsudin@yahoo.com


You Might Also Like

0 comments