PENCEGAHAN BUASIR MELALUI GAYA HIDUP SIHAT

Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan saluran darah vena dibahagian dubur (anus) atau akhir usus(rektum). Buasir berlaku disebabkan oleh proses meneran semasa membuag air besar atau disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah dalam vena semasa wanita hamil.

Antara simptom buasir:-

-Pendarahan semasa membuang air besar
-Gatal-gatal atau radang disekeliling anus
-Berasa sakit dan tidak selesa akibat bengkak 
-Ketulan yang menyakitkan disekitar anus.

Pencegahan Gaya Hidup Sihat

Makan buah-buahan , sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memeudahkan pembuangan air besar.

Minum banyak air, sekurang kurangnya enam hingga lapan gelas sehari.

Makanan tambahan berasaskan fiber membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir. Produk ini melembutkan najis dan memudahkan ianya keluar, jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut pastikan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.Jika tidak anda akan mengalami sembelit.

Jangan meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar. Ianya menyebabkan tekanan yang tinggi pada saluran darah di bawah rektum.

Jangan bertangguh untuk membuang air besar. denggan berlengah-lengah najis akan kering dan susah dikumuh, seterusnya menyebabkan sembelit.

Besrenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama. duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan saluran darah pada anus..

You Might Also Like

0 comments