FAKTA TENTANG VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU HAMIL

Pernah dengar kan Ibu Hamil yang selalu kena Warder sebab kurang nutrisi?? Lepas tengok video ni ...hahh..tau lah anda wahai ibu hamil sekalian...
Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.
Image result for FOLIC ACID




Asid folik atau juga dikenali dengan nama vitamin B9 , vitamin Bc , atau folacin adalah jenis vitamin yang larut dalam air . Asid folik terdapat secara semulajadi pada beberapa jenis makanan . Tambahan asid folik juga sudah dihasilkan dan boleh dibeli di pelbagai farmasi dan kedai ubat .

Asid folik memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh mulai dari sintesis DNA , memperbaiki DNA , pemetilan DNA , sampai dengan berperanan sebagai cofactor pelbagai reaksi biologi yang memerlukan folat . Asid folik penting dalam perkembangan dan pembahagian sel pada masa kehamilan dan pertumbuhan . Ia juga sangat diperlukan dalam proses pengeluaran sel darah merah yang sihat , dengan itu dapat mencegah anemia .

“IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.” -

Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.
Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Image result for FOLIC ACID

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.


Image result for KANDUNGAN B COMPLEX SHAKLEE


Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.
Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.



Dapatkan segera Vitamin B Complex ini sementara stk masih ada.
Hubungi saya untuk membuat pesanan
Bainun Samsudin
017 5755815

You Might Also Like

0 comments