5 RUTIN PULIHKAN TUBUH SELEPAS BERSALIN


Bagi yang baru sahaja melahirkan anak pertama, perubahan bentuk tubuh menjadi kerisauan. Pastinya menimbulkan arasa tidak selesa dikalangan para wanita. 

Saya nak kongsikan tips dan cara pemekanan  untuk kesihatan dan mengembalikan berat badan ideal.

TERUS MENYUSU

Cara paling cepat untuk mendapat berat ideal dan mengembalikan bentuk tubuh ialah rajinkan menyusu anak. Apabila anak menyusu secara automatik anda akan menjaga pemakanan demi kesihatan bayi. Pastikan makanan yang diambil juga kurang belemak, sejuk, dan sebagainya. Jadi secara tidak langsung ia memberikan kebaikan kepada kesihatan dan mengembalikan bentuk tubuh asal anda.

GUNAKAN BENGKUNG

Jangan ambil mudah soal pemakaian bengkung. Pemakaian bengkung yang berterusan boleh mengecilkan otot -otot yang mengembang pada bahagian perut. Ada yang liat nak pakai bengkung dengan alasan panas dan sebagainya. Bagi anda yang mehu mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum hamil, rajinkan diri memakai bengkung.

KUDAPAN

Jangan biarkan perut kosong. Tabiat suka mengunyah ada baiknya. Namun kunyah makanan yang berkhasiat contohnya, buah buahan dan bukannya snek seperti makanan ringan yang banyak bahan perisa. Apabila anda kerap mengambil buah buahan , perut akan sentiasa kenyang dan membuatkan anda kurang mengambil makanan berat yang boleh menggemukkan.

AKTIVITI FIZIKAL

Kebiasannya selepas melahirkan anda tidak digalakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat kerana boleh membahayakan diri. Jadi bagaimana untuk mengembalikan bentuk asal badan jika tidak bersenam? Bayi boleh membuatkan anda melakukan aktiviti fizikal dengan bermain bersamanya. Walaupun mengambil sedikit masa namun ia antara aktiviti fizikal yang boleh diamalkan.

JALAN KAKI

Jika anda berkesempatan untuk berjoging cuba lakukan aktiviti lain seperti berjalan kaki. dengan mengambil hanya 15 minit ketika bayi tidur, ia dapat membantu menurunkan berat badan.

You Might Also Like

0 comments