SEDIKIT PERKONGSIAN TENTANG IMPETIGO

Penyakit Kulit Kanak-Kanak

Selain kudis buta, HFMD yang biasa terjadi pada kanak-kanak, ada sejenis jangkitan kuman yang biasa terjadi kat muka.

Namanya impetigo. Yang disebabkan oleh bakteria daripada kumpulan Streptococcus & Staphylococcus.

Impetigo biasanya disahkan melalui pemerhatian sahaja. Jadi jangan marah pula kalau doktor tak pegang muka anak, sebab tengok aje pun dah tahu ini adalah impetigo. Pegang2 kang, terjangkit pula kat doktor.

Jenis bakteria boleh ditentukan dengan ujian darah, tapi biasanya tak buat pun sebab pilihan antibiotik yang diberikan berkesan kepada kedua2 bakteria & ujian itu mungkin tidak praktikal kerana keputusannya mengambil masa mungkin beberapa hari.

Rawatan impetigo bergantung kepada tahap keterukan & jenis bakteria jika ujian darah dilakukan.

Rawatan di rumah.

--Mak boleh cuci bahagian terlibat beberapa kali sehari menggunakan cecair antiseptik yang diberikan tapi elakkan menggosok. Lap dengan kain bersih sehingga kering & sapu krim antibiotik jika diberikan.

--Kalau doktor bagi antibiotik untuk makan, pastikan ubat dimakan mengikut arahan & antibiotik mesti dihabiskan.

--Kuping2 di sekitar ruam itu boleh dibuang untuk mempercepat penyembuhan dengan basahkan dengan air, jangan tarik macam tu je, berdarah nanti.

--Elakkan sentuh dengan tangan tapi guna kain & basuh tangan sebelum & selepas merawat impetigo.

--Anak2 yang tak berjangkit, cuba asingkan sekejap. Elakkan berkongsi barang2 peribadi terutamanya tuala.

Biasanya impetigo akan berkurang dengan antibiotik & sembuh kurang lebih dalam seminggu. Kalau belum sembuh atau makin teruk, sila balik ke klinik untuk rawatan lanjut.

#impetigo

You Might Also Like

0 comments