AMALAN IBU IBU MENGANDUNG..

Ibu ibu yang sedang mengandung jom sama sama kita amalkan ini..

Seperti yang disebutkan sebelum ini , setiap perkara memerlukan Ilmu. Ilmu amat berguna untuk melayari kehidupan. Begitu juga dengan ibu mengandung .

Persediaan untuk ibu mengandung ataupun ibu yang hamil perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah ketika mengandung. Setiap anak yang dikandungkan akan dilahirkan dan akan mencorakkan kehidupan masing-masing.

Pengambilan asid folik sangat digalakkan. Setiap ibu mengandung digalakkan mengambil suplemen asid folik sebanyak 0.5 miligram sehari selama beberapa bulanuntuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural

.Menurut kajian , terdapat perkaitan antara pengambilan asid folik dengan pengurangan kecacatan terbabit dalam kalangan bayi.

Ibu yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil dos asid folik yang lebih tinggi iaitu 5 miligram sehari. Selamatkan kandungan anda untuk masa depan keluarga anda.

Seterusnya , pemeriksaan rahim. Pemeriksaan rahim wanita ini tidak lengkap tanpa pemeriksaan faraj atau vagina. Pemeriksaan faraj ialah suatu perkara yang agak sensitif. Ada sebilangan kecil wanita yang tidak membenarkan doktor menjalankan pemeriksaan ini kerana perasaan malu. Pemeriksaan ini hanyalah bertujuan mengetahui saiz dan kedudukan rahim atau terdapat ketumbuhan di rahim atau ovari wanita tersebut.

Selain pemeriksaan faraj, wanita juga perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim wanita adalah normal atau tidak. kedudukan anak adalah normal atau tidak , dan kebiasaanya wanita gemar memeriksa untuk mengetahui kandungan mereka adalah lelaki atau perempuan .

Ibu mengandung juga digalakkan berkongsi cerita dengan suami atau teman rapat. Ini adalah untuk mengelakkan stress . Dan apa yang penting , ibu mengandung mestilah selalu berjumpa doktor. Buat pemeriksaan kesihatan. Selain apa yang perlu diamalkan oleh ibu mengandung di atas , para ibu mengandung juga perlu amalkan seperti yang disarankan oleh Islam .

Antara amalan yang disarankan oleh Islam ialah :
1) Setiap ibu mengandung perlu sentiasa amalkan bertaubat. – memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang soleh dan bertaqwa. Harus diingat , setiap orang mempunyai dosa. Jadi jangan lupa bertaubat atas kesalahan dosa yang dilakukan

2) Jangan sesekali membuka aurat – sentiasa menutup aurat seperti mana yang dituntut oleh Islam. Semoga kandungan juga akan dilahirkan dan melalui kehidupan sebagai anak yang soleh dan hamba Allah yang taat.

3) Memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran , antara surah pilihan ialah :

Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
Surah Yaasin
Surah Taubat
Surah Maryam
Surah Yusof
Surah Luqman
Surah An-Nahl ayat 78
Surah Al-’Araaf ayat 189


Semoga setiap amalan yang disarankan akan membantu ibu mengandung untuk melahirkan anak yang taat , tabah , soleh dan sihat sejahtera. Setiap ibu  mengandung pasti idamkan kelahiran anak yang soleh.

You Might Also Like

0 comments