KENAPA SUSU BADAN IBU CAIR?

  • Saturday, October 14, 2017
  • By Unknown
  • 0 Comments

KENAPA SUSU IBU CAIR?

Tahukah anda:

Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air untuk menghilangkan rasa dahaga & mengelakkan badan dari penghidaratan (kekurangan air)
Apabila cuaca sejuk, susu menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak  dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat tenaga, lebih banyak khasiat dan lebih kenyang untuk berada dalam suasana sejuk.
Apabila anda demam, suhu dalam badan akan panas menyebabkan susu ibu lebih cair.

Jadi jika anda lihat susu ibu yang diperah masih mempunyai lapisan lemak walaupun kelihatan cair, itu bererti susu ibu itu tetap mempunyai khasiat yang diperlukan bayi walaupun ia tidak pekat. Tetapi cairnya susu ibu adalah proses biologi tubuh menandakan ibu perlu teliti semua rutin ibu kebelakangan ini dan atasi masalah tersebut.

Antara faktor utama susu menjadi cair adalah kerana kesilapan ibu dalam menjalankan rutin mengepam susu. 2 kesilapan utama adalah:

1. Mengurangkan sesi pump

Jika ibu  tinggal 1 sesi pump, sesi berikutnya ibu  boleh lihat susu anda lebih cair yang disebabkan proses osmosis dalam badan.

2. Tidak mengosongkan payudara setiap kali pump

Apabila susu ibu dibiarkan terlalu lama dalam kelenjar susu, memang susu ibu akan cair apabila dikeluarkan. Ini kerana saki baki susu dari sesi penyusuan/pump terdahulu yang tidak habis dikeluarkan menjadi lebih cair kerana lemak tersekat di sel membran payudara ibu.
Oleh itu, apabila ibu pump di sesi berikutnya, susu yang cair makin bertambah banyak.
Makin kerap ibu tidak betul2 kosongkan breast setiap kali sesi penyusuan/pump, makin cairlah susu ibu.

Faktor terakhir yang mempengaruhi kepekatan susu ibu adalah pemakanan ibu sendiri. Ibu pun tahu kan susu ibu adalah apa yang ibu makan. Jadi jika ibu berdiet atau menghadkan pemakanan kepada makanan2 tertentu sahaja, semestinya susu ibu yang terhasil tidak mengandungi kesemua zat yang diperlukan. Jadi tidak mustahil susu ibu juga cair (ini diberitahu sendiri oleh nurse di Klinik Kesihatan kepada saya). Jadi pemakanan ibu mestilah seimbang dan lengkap dengan khasiat penting yang diperlukan badan ibu untuk menghasilkan susu.

Jadi kesimpulan di sini untuk membantu ibu menghasilkan susu yang lebih pekat,  ibu mestilah:

✓Pump dengan kerap dan jangan skip sesi pump
✓Kosongkan payudara sepenuhnya setiap kali sesi penyusuan/pump
✓Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang

You Might Also Like

0 comments