Ubat Sakit sendi, Orang Tua Saya sudah tiada masalah Berdiri lama ketika Solat

  • Wednesday, February 04, 2015
  • By Unknown
  • 0 Comments

Salam sayang semua..

Bulan Febuari ini adalah Bulan untuk anda menghadiahkan Set Sndi untuk orang tua tersayang anda. Tak kira lah ibu, ayah, atau mertua..Atau bakal mertua..

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit.

Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.

*Berat badan berlebihan

*Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki

*Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)

*Penyakit sendi seperti arthritis

*Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit

*Penyakit tulang

*Ketumbuhan

*Jangkitan kuman

*Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya

*Penyakit kronik

*Ubat-ubatan



You Might Also Like

0 comments