Penghidap Talasemia Tidak Boleh Ambil Vitalea

Kenapa Pesakit Thalasemia Tak boleh ambil Vitalea

Talasemia  adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Thalasemia adalah sejenis blood disorder yakni masalah pada darah dia. hemoglobin dia tak terbentuk dgn sempurna.

berbeza dgn orang biasa yg anemia, orang biasa anemia sebab low hemoglobin, orang talasemia anemia sbb hemoglobin dia tak sempurna.

Untuk  orang biasa boleh ambil  2 biji vitalea (untuk  dapatkan iron) tapi Talasemia tak boleh. sebab..

Iron tak membantu untuk  hemoglobin dia sebaliknya ia circulate dalam darah mereka
Iron berlebihan ni boleh memberi kesan buruk pada kesihatan.

Thalasemia major memiliki masalah iron overload, jd mereka ni mmg sah2 takleh makna vitalea.

Thalasemia minor (carrier) juga ada free iron dalam tubuh mereka tapi kalau hb dia low sgt dia boleh amik vitalea (iron supp)

so ingat NO VITALEA FOR THALASEMIA

You Might Also Like

0 comments