TIPS TIPS BERBUKA PUASA YANG BETUL DAN SIHAT

Ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ke-3 membawa maksud menahan sesuatu, baik makanan, minuman, pertuturan, perlakuan dan daripada perkara-perkara yang membatalkanya.
Ketika berbuka puasa pula, amat penting bagi kita perhatikan apa jenis makanan yang kita ambil untuk berbuka.
Hal ini kerana ketika kita berpuasa, perut akan kurang menghasilkan cecair enzim yang mana akan mempengaruhi keadaan lendir di dalam proses pencernaan.
Menurut rencana yang ditulis oleh Wikihow.com, makan secara berlebihan ketika berbuka puasa dapat menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit perut, cirit-birit dan kembung.
Oleh itu, apa yang anda perlu lakukan adalah berbuka dengan makanan yang sesuai dan makan secara perlahan-lahan agar sistem pencernaan dapat berfungsi dengan baik.
Mari kita lihat tips untuk berbuka yang baik lagi sihat ini:
1.Lihat masa untuk berbuka puasa. Jumlah makanan yang akan dimakan dan dicerna perlu lah disesuaikan dengan tempoh berapa lama anda berpuasa.
2.Berbuka lah puasa anda dengan meminum air. Lebih elok, minum lah jus dari buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
3.Setelah meminum air, lanjutkan dengan memakan buah-buahan seperti kurma atau yogurt. Ini kerana yogurt mempunyai bakteria-bakteria baik untuk usus anda.
4.Pastikan sayur-sayuran seperti salad ada di dalam menu berbuka anda. Ia dapat membantu penyesuaian makanan dalam tubuh anda.
5.Selain sayuran, makanan seperti kekacang juga baik untuk tubuh anda. Jangan lupa untuk makan makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan dan susu.
6.Perhatikan tubuh anda. Berbuka lah dengan makanan yang sedikit dan berhenti makan sebelum kenyang. Dengan itu, anda boleh mengambil makanan lagi apabila terasa lapar selepas 2 hingga 3 jam.
7.Kunyah makanan dengan perlahan. Dengan itu, ia dapat membantu tubuh anda mencerna makanan tersebut dengan perlahan.
Kesihatan tubuh badan tu penting, terutamanya pada bulan puasa yang akan datang ini
BERSAHUR dan BERBUKA dengan SET RAMADAHAN SHAKLEE


Hubungi saya untuk SEBARANG PERTANYAAN

Untuk tempahan boleh sms/call/wassup 0175755815 bainun

FB saya:Bainun samsudin

You Might Also Like

0 comments