TIPS SUSU IBU POWER

Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu adalah dengan memulakan penyusuan kali pertama sejurus selepas kelahiran dan dalam satu jam pertama usia kelahiran.

PENYUSUAN SATU JAM PERTAMA KELAHIRAN juga dikenali sebagai "BREASTFEEDING IN THE GOLDEN HOUR / THE POWER HOUR"

Kebaikan Breastfeeding in Power Hour:

✔ Bayi dapat IMUNISASI kali pertama melalui KOLOSTRUM.

✔ Permulaan penyusuan kali pertama pada satu jam pertama kelahiran meningkatkan KEYAKINAN ibu untuk terus menyusukan bayi dengan susu ibu.

✔ Membantu ibu DEVELOP skill dalam penyusuan susu ibu.

✔ Mengelakkan dan membantu PENYELESAIAN MASALAH penyusuan yang mungkin dihadapi ibu.

✔ MENGURANGKAN kehilangan darah selepas bersalin.

✔ Membina HUBUNGAN (BONDING) ibu dan bayi secara NATURAL.

✔ MenSTABILkan kondisi bayi dari segi tekanan darah, degupan jantung dan suhu badan.

✔ Penyusuan dalam POWER HOUR dapat menyelamatkan nyawa bayi dan membantu penyusuan ibu secara EKSKLUSIF selama 6 BULAN.

Jadi ibu-ibu semua dah bersedia nak tahu rahsia cara banyakkan susu? Jom kita bongkar rahsia-rahsia yang dah tak berapa rahsia tersebut.

1. Pasang niat mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana mahu memenuhi tuntutan dan syariat Islam. Bukan sebab nak berlumba-lumba dengan kawan, bukan juga sebab sayangkan duit tak nak belanja mahal nak beli susu formula kerana niat yang betul penting bagi memudahkan urusan kita.

2. Letakkan sasaran jangka masa panjang iaitu 2 tahun sebagai sasaran utama anda. Buat juga sasaran jangka pendek 6 bulan sekali di sepanjang 2 tahun perjalanan penyusuan tersebut sebagai "important milestone" anda. Ini penting kerana apabila kita telah berjaya melengkapi milestone pertama, kita akan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan penyusuan bagi milestone 6 bulan yang kedua dan seterusnya. Jangan lupa juga untuk reward diri sendiri di atas kejayaan anda nanti.

3. Belajar, belajar dan belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau google di internet. Jangan lupa untuk ajak suami belajar sekali. Terlalu banyak informasi yang tersedia kini. Cuma antara kita cukup rajin atau tak sahaja untuk menelaahnya. Kesilapan yang saya telah lakukan dengan anak pertama saya dahulu ialah saya menganggap penyusuan ini sesuatu yang mudah dan semulajadi. Jadi saya tidak membuat cukup persiapan dari aspek ilmu yang mencukupi. Menyedari kesilapan tersebut, saya telah berusaha untuk mendapatkan sebanyak informasi sebelum melahirkan anak kedua saya dan ianya sangat membantu.

4. Cari rakan-rakan seangkatan. Join kumpulan sokongan. Bila kita mempunyai rakan-rakan yang turut sama menyusukan, segala permasalahan boleh dikongsikan bersama. Jalan penyelesaian juga boleh dibincang bersama. Rakan-rakan yang pro-penyusuan juga akan memberi galakan dan motivasi kepada kita bila mana kita dirundum masalah.

5. Dapatkan alat kelengkapan mengepam susu. Jika anda seorang ibu yang bekerjaya dan berniat untuk menyusukan anak sepenuhnya, pemilihan pam susu yang baik sangatlah membantu. Tidak dinafikan masih ada ibu-ibu yang berjaya menyusukan hanya dengan menggunakan pam manual. Ada juga selesa dengan hanya bermarmet - jimat dan mudah katanya. Tapi itu semua memerlukan skill, latihan dan mengambil masa. Jadi jika budget tidak menjadi penghalang, apa salahnya anda keluarkan sedikit belanja hanya sekali sahaja demi kesenangan dan kemudahan diri anda juga? Lagi pun, pam yang bagus masih boleh digunakan bagi anak-anak yang seterusnya.

6. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan. Jika anda bersalin di hospital, maklumkan pada pihak hospital yang anda mahukan bayi anda sentiasa berada bersama di dalam bilik bagi memudahkan untuk anda menyusu on-demand. Permintaan ini lazimnya dipenuhi khususnya jika anda bersalin di hospital mesra bayi.

7. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. Sebolehnya, cuba susukan bayi sejurus selepas dilahirkan. Bagi yang bersalin normal rasanya tak ada masalah. Tapi yang bersalin secara ceaser, masih boleh "request" pada doktor anda dan saya pasti jururawat yang bertugas akan membantu anda. Tapi ingat, jangan mengharap yang susu akan akan terus menjadi banyak sehingga memancut-mancut waktu ini. Masa ni yang ada hanya kolostrum. Dan bayi juga tidak memerlukan susu ibu pada kuantiti yang banyak. Apa yang bayi anda lebih perlukan ialah dakapan hangat ibu ke dadanya. Nak lagi best biarkan bayi anda membuat 'breast crawl'.

8. Susukan bayi sekerap mungkin dan on-demand. Tak perlu mencatu dan melihat jam mahupun tunggu sehingga cukup 3 jam sekali baru nak menyusukan. Susukan saja bila bayi nak. Jika bayi anda lebih banyak tidur dari menyusu, kejut dan rangsangkan anggota badannya untuk menyusu. Selalu ingat dan berpegang pada prinsip penyusuan iaitu supply vs demand.

9. Makan makanan yang berkhasiat. Pastikan pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang lengkap dipatuhi. Jika anda masih di dalam pantang, pastikan anda memvariasikan makanan harian anda dan bukan hanya makan sekadar nasi panas dan ikan bilik goreng sahaja. Nak lebih bagus lagi ambil Set Berpantang dan Penyusuan Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral yang anda dapat, bayi juga dapat menikmatinya melalui susu ibu.

10. Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini bagi mengelakkan diri anda daripada terhidrat yang boleh mengganggu penghasilan susu.

11. Bila anda sudah kembali berkerja, sediakan jadual mengepam yang teratur. Sebaiknya bila bayi tiada bersama, anda perlulah mengepam setiap 3 jam sekali. Cuba elak daripada memberi alasan tidak dapat mengepam kerana perkara ini akan mengganggu penghasilan susu. Oleh sebab itu, bagi menjayakan penyusuan susu ibu ini, anda perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Di samping itu, elakkan daripada stress di tempat kerja kerana stress adalah antara MUSUH dan PUNCA utama kemerunduman penghasilan susu. Jika anda rasakan yang anda menghadapi masalah untuk mengawal stress, amalkan pengambilan B Complex Shaklee kerana ianya terbukti berkesan dalam menangani stress.

12. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku atau novel kegemaran anda. Paling mudah sekali, bacalah Al-Quran atau berzikir.

13. Bukan mudah nak jadi seorang ibu menyusu yang berjaya. Ianya memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Waktu malam pula, jangan haraplah dapat tidur lena 8 jam direct. Ini kerana bukan saja anda perlu bangun untuk menyusukan anak anda malah anda juga digalakkan untuk bangun mengepam diantara waktu 12 tengah malam sehingga 6 pagi kerana ketika ini, hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Jika anda mengantuk, tak perlu lama, dapat pam dalam 15 minit pun cukup. Apa yang penting .. anda buat.

14. Usah bandingkan hasil susu ibu lain dengan hasil yang anda perolehi. Bersyukurlah walaupun jika anda hanya mampu mendapat 3oz pada setiap satu sesi pengepaman, Yakin dengan rezeki yang telah Allah berikan. Jika anda kerap mengeluh dan merunguti tentang rezeki yang telah dikurniakan, macam mana Allah nak hadirkan lebih banyak susu.

15. Jangan tinggalkan amalan berdoa kerana Allah suka mendengar rintihan hamba-Nya. Jika anda rasakan yang susu anda tidak mencukupi bagi menampung keperluan bayi anda, mintalah pada-Nya kerana Dia Maha Pemberi Rezeki. Dalam pada itu, anda juga perlulah berusaha dengan melakukan perkara-perkara yang telah saya sebutkan di atas. Anda juga boleh berikhtiar dengan mengambil Set Penyusuan Shaklee.

16. Dalam pada itu, jika anda mampu mendapat hasil yang lumayan, jangan pula sesekali takbur, 'aku hebat boleh dapat susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibukan rezeki dari Allah. Jika Dia boleh memberi, Dia juga pasti boleh tarik balik.

Semoga dengan apa yang saya share ni sedikit sebanyak dapat membantu kawan kawan dalam menjayakan penyusuan susu ibu..

Jom dapatkan produk penyususuan ibu daripada saya



You Might Also Like

0 comments