DIABETIS:KETAHUI RISIKONYA KETIKA HAMIL

  • Saturday, January 09, 2016
  • By Unknown
  • 0 Comments

Image result for DIABETES KETIKA HAMIL

Diabetis adalah keadaan di mana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah.

Image result for DIABETES KETIKA HAMIL


Apakah Jenis Diabetis?

1) Diabetis Jenis 1
2) Diabetis jenis 2
3) Gestational Diabetis (Diabetis ketika hamil)

Siapa Yang Berisiko Mendapat Dibaetis?



1) Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa pemeriksaan kehamilan.
2) Berlebihan berat badan
3) Mempunyai ibu bapa yang mengidapdiabetis.
4) Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4 kg.
5) Berumur melebihi 35 tahun.
6) Pernah mengalami keguguran berturut turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat.
7) Pernah mengidap diabetis semasa kehamilan lalu.
8) Mengalami penyakit seperti hipertensi  dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini.
9) Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan.

Apakah Kesan Diabetis Kepada  Ibu dan Bayi Jika Tidak Dirawat?

Kesan Pada Ibu
1) Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah.)
2) Jangkitan Kuman di vagina yang kerap
3) Keguguran
4) Polihydramnios (air mentuban berlebihan)
5) Preeklamsia (hipertensi teruk)
6) Komplikasi diabetis seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang.

Kesan Kepada Bayi
1) Berat melebihi daripada 4 kg
2) Mati dalam kandungan
3) Hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah)
4) Lemas semasa lahir
5) Kecederaan saraf di bahagian bahu.

Apa yang perlu Dilakukan 

Jika anda mengidap diabetis sebelum hamil, anda perlu:-

1) Dapatkan kaunseling pra kehamilan. Berbincanglah dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan.
2) Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada tahap normal
3) Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan mendapat pemeriksaan awal kehamilan.

Semasa hamil, anda perlu:_

1) Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan
2) Mematuhi temujanji dan rawatan  yang teah ditetapkan
3) Amalkan kebersihan diri
4) Ambil pemakanan yang disarankan untuk pesakit diabetis
5) Pemeriksaan paras glukos berkala dirumah.

*anda perlu bersalin di hospital.

****Semua ibu hamil akan menjalani ujian darah MGTT sekiranya mempunyai salah satu risiko atau lebih faktor risiko.

Apakah TAnda Diabetis Semasa Hamil?

Tiada tanda diabetis pada peringkat awal. kehamilan. Walaubagaimanapun, semua ibu hamil yang mempunyyai faktor risiko akan menjalani ujian darah MGTT untuk mengesahkan penyakit diabetis.


You Might Also Like

0 comments