7 CARA MENGATASI BENGKAK KAKI KETIKA HAMIL

Assalamualaikum

Perkongsian saya pada kali ini adalah berkenaan dengan bengkak kaki ketika mengandung. Kebiasaan dan tak semua wanita yang hamil akan mengalami bengkak kaki ini. Malah ada sesetengah kalangan dari wanita hamil ini akan mengalami benngkak kaki dan juga tangan. Bagaimana bengkak kaki boleh terjadi? Jom kita rungkai. Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. Pengalaman kakcun sendiri sewaktu mengandungkan anak ketiga pernah mengalami bengkak kaki ini. Sehinggakan pergi kerja terpaksa memakai kasut yang bersaiz besar. Biasanya bengkak kaki ni terjadi pada usia kandungan 5 bulan ke atas. Jadi sekiranya terdapat anda yang membaca ni mengalami bengkak kaki ketika hamil, kakcun nak kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan masalah bengkak kaki ini supaya ianya tidak menjadi satu masalah yang lebih besar dan memudaratkan ibu itu sendiri. 1- Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah. 2- Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. 3- Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings). 4- Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman. 5-Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki. 6-Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki. 7-Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak. Selain itu juga kakcun nak sarankan ibu ibu yang hamil , mengambil suplimen shaklee untuk membantu ibu terus sihat dan dapat melakukan kerja rumah dan aktiviti harian dengan lancar
Jangan segan silu untuk hubungi kakcun yer boleh follow facebook kakcun: Bainun Samsudin Ig: VITAMIN SAYAMIN email:www.batrisyamuhain@gmail.com

You Might Also Like

0 comments