Selepas bersalin berat masih tak turun-turun juga??
Usah risau..Saya akan suggest Set Kurus Shaklee yang selmat dan Berkesan ok..
Meh tengok nih
Memang ketara tau kalo anda tengok si ibu comel ini.Sungguh gigih turunkan berat badan. Yang penting apabila mengamalkan set kurus shaklee mestilah konsisten makan. Kesan akan slowly nampak dan saya pasti anda akan dapat result yang terbaik.
Jika anda punya semnagat juang nak kurus yang tinggi saya akan bantu anda saya akan bantu anda , saya akan guide anda sampai berjaya
Wahh Best kan kalo macam ni punya cepat kesannya..
Memang cepat la kalo dah amalkan Omega Guard Shaklee nie.. Ala ala cepat macam kete yang pakai enjin turbo ok..
Kenapa begitu cepat berat turun jika amalkan Omega Guard Shaklee ini??
Jom lihat Macam mana omega berfungsi
Berbeza Lecitin dan Omega Shaklee. Omega Tidak mengemulsi lemak.Tetapi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap. Bagaimana?
Fungsi omega 3 membantu mebakar lemakdengan bertindak balas tehadap hormon yang dipanggil LEPTIN. Leptin memberitahu badan (otak kita) untuk kurangkan selera makan supaya anda bolehkan kekalkan berat badan atau mengurangkan berat badan...
Huhh.. Tak percaya jom cuba Beli omega Guard Shaklee nie
Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.
Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesan vitamin C itu sendiri.
Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.
Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.
Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya:
1)Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
2)Mencerahkan kulit.
3)Melambatkan proses penuaan.
4)Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
5)Selain dari sudut kecantikan.
vitamin C Shaklee jgua bagus untuk:
1)Meningkatkan sistem imunisasi badan.
2)Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
3)Mengatasi masalah gusi berdarah.
Yess memang Vitamin C Shaklee Adalah Pilihan Jenama Terbaik Vitamin C saya
Kunci utama untuk terus KEKAL berjaya dalam apa apa jenis Bisnes yang kita lakukan...
Allah SWT adalah PARTNER kita yang paling dekat. Kalau kita kata Ibu kita adalah salah. Kalu kita kata, suami kita pon adalah salah. Tiada yang paling TEPAT melainkan yang SETEPATNYA adalah DIA.
1) Kita BERBISNES kerana ALLAH
2) Kita BERBISNES dengan ALLAH
3) Sentiasa MERUJUK kepada ALLAh
4) Yakin DIA akan sentiasa menyokong dan bantu kita.
5) Sedar bahawa segalanya akan jadi baik akhirnya.
Perkara lain yang perlu diamalkan dan dikonsistenkan adalah:
1) Jangan tinggal DOA
2) Jangan tukar TARGET/ DOA
3) Sebelum tidur pasangkan azam yang betul dan semat dalam dada serta segera dilakukan dengan konsistennya.
Saya Suka Buat SHaklee
Sapa sapa nak join saya, nak cari pendapatan sampingan, nak duduk rumah sahaja sambil buat duit dialu-alukan hubungi saya
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.
2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu, harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.
Nak Cuba Esp
Meh kita sembang
Bainun samsudin
017 5755815
3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa).
4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!
6. Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)
7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.
8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.
9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
-Membantu pembentukan sel-sel baru.
-Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
-Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
-Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia 1 tahun ke atas & keluarga.
-Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
Berita baiknya adalah , bayak kajian menunjukkan bahawa hipertensi boleh dicegah atau dilambatkan. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk tujuan tersebut. Anda hanya perlu tahu bagaimanakah cara-caranya dan mengambil tindakan yang sewajarnya sekarang juga.
Mengamalkan langkah-langkah untuk mencegah hipertensi sangat penting terutamanya bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat hipertensi.
Berikut adalah & langkah mudah yang anda boleh lakukan untuk mencegah dan melambatkan hipertensi.
1) Ketahuilah risiko anda dan rancangkan aktiviti untuk mengurangkan risiko.
2) Amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan
3) Amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan
4) Amalkan pemakanan sihat dan kurangkan pengambilan garam
5) Tidak merokok dan sihat "tanpa alkohol"
6) Pupuk minda sihat dan tangani stress
7) lakukan pemeriksaan secara rutin dan sassarkan tekanan darah BP anda dalam paras normal 120/80mmHg atau kurang.
Garam ialah sejenis mineral yang terdapat dalam makan secara semulajadi atau ditambah semasa pemprosesan makanan atau memasak. Ada pelbagai istilah garam.
Garam yang biasa digunakan dalam masakan islah Natrium Klorida (sodium chloride) terdiri dari sebatian dua bahan iaitu natrium(sodium) dan klorida(chloride). garam boleh didapati dalam bentuk halus mahupun kasar.
###Garam juga boleh hadir dalam bentuk MSG Monosodium Glutamate
Jumlah Garam yang disyorkan
Kebanyakan pertubuhan-pertubuhan kesihatan dan pemakanan di seluruh dunia mengesyorkan jumlah pengambilan garam bagi seorang dewasa iaitu tidak melebihi satu sudu teh atau 5gm sehari sahaja (bersamaan 2000mg sodium).
Untuk diet yang sihat dan seimbang lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Serta kurangkan amakan segera dan bertin.
7 Langkah Kurangkan Garam Dalam Diet
1) Banyakkan pengambilan makanan, buah-buahn dan sayur-sayuran segar.
2)Gunakan perencah asli seperti bawang putih, bawang besar atau herba untuk meningkatkan rasa makanan tersebut.
3) Elak menambahkan sos cili, sos makanan, soso tiram, atau kicap semasa menikmati hidangan makanan.
4) Kurangkan penambahan garam dan perencah segra dalam masakan, penyediaan makanan dan di meja.
5) Kurangkan makanan masin seperti keropok masin, keropok, budu, cencalok, belacan, dan sebagainya.
6) Kurangkan pengambilan makanan segera dan makanan proses seperti sardin, sup, kentang goreng dan sebgainya. Basuh semula makann bertin untuk menyingkirkan garam yang ada padanya.
7) Kurangkan pengambilan makanan tin, makanan segera dan makanan proses seperti sardin, sup, kentang goreng dan sebagainya. Basuh semula makanan bertin untuk menyingkirkan garam yang ada padanya.
Kurangkan Garam dapat mencegah HIPERTENSI dan mengelakkan risiko penyakit kronik. Amalkan tabiat pemakanan yang sihat untuk kesejanhteraan hidup anda sekeluarga.
Ibu yang sedang menyusu anak amatlah penting menjaga emosi mereka. Kerana Pengeluaran susu mempengaruhi emosi anda.
Ibu perlu dalam keadaan tenang dan gembira supaya hormon Oxytocin yang bertindak mengalirkan susu dapat dirembes.
Bagi ibu-ibu yang bekerja , setelah bercuti lama mungkin banyak kerja pelu disapkan ataupun dulinaskan. Betul tak? keadaan ini mungkin akan menyebabkan stress.
Walaupun kerapkali mengepam untuk mengosongkan breast, namun air susu masih lagi kurang.
Ketahuilah stress yang berlebihan dan emosi yang tidak menentu juga akan mempengaruhi tahap pengeluaran susu.
Teknik mengurus stress:-
✔ Lakukan teknik bernafas yang betul.
✔ Rehat (relax) di tempat yang tenang dan lapang.
✔ Mengurus masa dengan berkesan.
✔ Berkongsi perasaan dengan orang yang intim dengan kita.
✔ Bekerja dalam keadaan selesa. Pastikan kerusi, meja, pakaian yang sesuai digunakan.
✔ Jaga kesihatan (bersenam atau riadah)
✔ Makan makanan yang berkhasiat .
✔ Menjaga hubungan yang baik dengan semua orang dengan fikiran yang terbuka.
✔ Selalu senyum dan ketawa.
✔ Bersolat, zikir dan berdoa atau bercakap dengan diri sendiri (berimaginasi).
Anda juga boleh dapatkan Set Menyusu Bajet Shaklee Atau Set Menyusu Premiun Shaklee bagi menambahkan produktiviti susu badan anda.
1. betik kerana Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan perdana
ke.
2 strawberi kerana Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
3.cincau kerana Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser. Cuba ini: Bandung cincau
4. Timun kerana
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.
Mesti cuba: Salad Pudina Timun
5. Kucai kerana Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Mesti Cuba: Telur goreng hancur ala cina
6. Pisang kerana Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba ini: Pengat pisang
7. Ciku kerana Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.
8. Lobak Merah kerana Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.
Boleh juga dapatkan Set sembelit Shaklee
Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.
-Mineral yang diperlukan di dalam tubuh manusia.
-Pada manusia normal, kandungan kalsium adalah 1,5%-2,2% dari berat tubuh (totalnya sekitar 700-1400 gr)
-Kalsium banyak terdapat di dalam tulang dan gigi ( 99%),dan sisanya tersebar dalam darah dan jaringan lunak.
FUNGSI KALSIUM
-Pembentukan tulang dan gigi.
-Mempertahankan struktur normal sel
-Penyampaian pesan syaraf
-Kontraksi otot jantung
========================================================================
99% kalsium terdapat dalam tulang dan gigi, tapi tahu kah anda dimana 1 % nya dalam tubuh kita
Keperluan kalsium untuk seorang wanita adalah lengkap dalam sebotol Ostematrix Shaklee ini..
Kalsium diperlukan sebagai sumber utama untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk siibu. Sekiranya pengambilan kalsium semasa mengandung tidak mencukupi, kalsium daripada tulang anda akan diambil (dilarutkan) dan diberikan kepada bayi anda. Ini boleh mengakibatkan jisim tulang anda semakin rendah, satu keadaan dipanggil osteoporosis. Bukan itu sahaja, kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan kaki anda sering kejang semasa tidur.
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.
Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.
Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
-3 gelas susu,
-4.6kg daging,
-15 biji telur,
-70g cheese,
-400g ais krim, atau
-2 cawan yoghurt.
Kebaikan Ostematrix Shaklee:-
MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH
1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
Maari ibu ibu mengandung dapatkan ostematrix shaklee sekarang
Bagaimana Omega Guard boleh membantu kanak-kanak untuk mudah belajar?
Dalam otak terdapat satu sel yang dinamakan neuron.Neuron adalah sel-sel yang menghantar mesej di seluruh otak dan ke bahagian badan yang lain. Membran ( atau dinding ) di sekitar neuron ini terdiri daripada lemak " baik". Bagi membolehkan neuron untuk berkomunikasi dengan betul, membran ini perlu fleksibel untuk membolehkan molekul penting untuk melaluinya.
Beberapa faktor, termasuk umur dan diet yang tinggi kolesterol dan lemak tepu, boleh menyebabkan membran ini untuk mengeraskan dan kurang lembut. Ketegangan ini tidak membenarkan molekul yang diperlukan untuk tembus melalui neuron dengan betul dan boleh menyebabkan ketidakseimbangan mood,kesukaran dalam pembelajaran, sukar mengingati maklumat, dan penurunan lain dalam fungsi otak.
Dengan menambahkan diet kanak-kanak dengan Omega -3, ia boleh mengembalikan sifat fleksibel dan lembut membran sel terhadap neuron di dalam otak anak anda , menyebabkan peningkatan komunikasi sel dan fungsi otak.
Di samping itu, Omega- 3 memberi faedah terhadap fungsi otak dengan bertindak sebagai pembersih darah, menjadikan darah kurang melekit dan lebih cair . Ini membolehkan lebih banyak oksigen untuk sampai ke otak dan untuk memberi energy kepada otak.
Bagaimana ingin memberi anak makan OMEGA GUARD?
Omega Guard berbentuk kapsul. Terdapat beberapa cara bagaimana untuk memberi anak makan OMEGA GUARD
1. Jika anak berumur 1 tahun ke atas di mana masih tidak pandai untuk menelan, ibu boleh picit softgel omega, letak di dalam sudu dan suap terus ke mulut anak.
2. Jika cara 1 tidak dapat diterima anak, ibu boleh mencampurkan dalam makanannya dan digaul bersama.
3. Omega guard juga boleh dikunyah begitu sahaja. Anak saya cukup suka mengunyah omega guard seolah mengunyah gula-gula.
4. Bagi anak yang dah mampu untuk menelan, maka mereka boleh makan dengan menelan 1 biji omega setiap hari atau selang sehari.
Bagi wanita, kecantikan merupakan satu anugerah yang perlu dijaga dan dihargai. Namun begitu, terkadang ada juga perkara berkaitan dengan kecantikan yang kita terlepas pandang disebabkan oleh kesibukan dengan tugas dan rutin harian.
Antaranya ialah selulit. Tidak keterlaluan jika dikatakan selulit merupakan musuh utama bagi sebahagian wanita yang mementingkan penampilan diri. Kehadirannya menjadikan kulit dibahagian pinggul, paha dan perut merekah dan menggeleber. Dari kajian yang dijalankan, dianggarkan 90% daripada wanita mempunyai masalah selulit yang biasanya terjadi dibahagian peha dan punggung. Selulit biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa factor iaitu :
1. Pengambilan makanan dan diet yang tidak dijaga seperti pengambilan alcohol, makanan yang berminyak dan berlemak, kafein dan gula
2. Diet yang tidak seimbang itu akan diburukkan lagi jika kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti berjogging dan bersenam. Ketidak seimbangan antara penyimpanan lemak dengan pengambilan semula makanan bukan sahaja menambah selulit tapi juga menjadikan selulit bertambah degil dan sukar untuk dibuang
3. Kerap mengalami tekanan dan stress ~ kerjaya dan gaya hidup masa kini terutama bagi yang menetap dibandar besar seperti Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan bergerak pantas turut menyumbang kehadiran selulit
4. Umur yang meningkat ~ semakin bertambah usia, lemak dan selulit makin mudah berkumpul disebabkan oleh kadar metabolisma yang semakin berkurangan seiring dengan pertambahan usia.
5. Faktor keturunan ~ sekiranya ibu anda mempunyai selulit, kemungkinan besar anda juga akan mengalami perkara yang sama
Tahukah , seseorang yang kurus juga mempunya selulit.? Malahan, seseorang yang berjaya mengurangkan lemak serta menguruskan badan belum tentu dapat menghapuskan selulit.
Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk anda menghilangkan selulit? Terdapat beberapa cara diluar sana untuk menghilangkan selulit samada melalui cara penggunaan krim dan juga pembedahan. Namun begitu cara yang paling selamat, menjimatkan kos dan berkesan bagi menghilangkan selulit ialah dengan kombinasi mengambil diet rendah lemak dan aktiviti senaman :
1. Kawal diet pemakanan
(i) Kurangkan pengambilan Garam. Gantikan dengan buah dan sayuran segar, kacang buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan
(ii) Kurangkan pengambilan minuman berkafein. Usahakan untuk minum maksimum hanya satu cawan kopi atau the setiap hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama dikerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar. Amalan mengambil minuman berkafein ini kebanyakannya berlaku dikalangan mereka yang bekerja dipejabat dan yang selalu menghadiri mesyuarat dan seminar
(iii) Kurangkan pengambilan gula, biskut, coklat dan aiskrim. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak didalam badan menyebabkan terjadinya selulit
2. Lakukan senaman rutin dibahagian badan yang mengandungi selulit.
Sebagai contoh, jika selulit terdapat dibahagian kaki, anda bolehlah lakukan senaman dengan cara mengangkat kaki. Baringkan badan anda, dan angkat kaki dan turunkan kembali berselang seli. Tujuannya untuk mengejapkan otot kaki. Begitu juga jika anda mengalami selulit dibahagian lain, lakukan senaman untuk memejalkan bahagian tersebut.
3. Minum air masak / air mineral dengan kerap bersama kombinasi senaman seperti disebutkan di atas.
Dengan cara ini, selulit yg berkumpul boleh di pecahkan seterusnya dikeluarkan dari badan anda. Minum air dalam kuantiti yang dicadangkan (2 liter sehari) juga membantu membuang toksin dan kekotoran didalam badan.
4. Menyapu krim dan gel yang dikhaskan untuk membuang selulit.
Terdapat berbagai krim / gel dipasaran yang dikhaskan untuk selulit. Namun begitu, sebelum anda membeli krim / gel tersebut, pastikan anda telah memeriksa kandungan dan bahan yang digunakan, serta dapatkan pandangan / cadangan dari mereka yang pernah menggunakan krim / gel tersebut.
Sesiapan antara kita tidak semuanya didatangkan dari golongan yang kaya raya. Kalau kaya pon akan ada dugaan dalam bentuk lain yang Allah berikan. namun begitu terdapat Tips tips yang boleh diamalkan supaya rezeki dimurahkan oleh Allah SWT.
1. melazimi awal pagi dengan AL – FATIHAH
2.Selalu Menyempatkan diri beribadah –
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Amalan 2.
Memperbanyak istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja berbuat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah,
Namun juga akan menutup pintu rezeki.
Amalan 4.
Senantiasa ingat kepada Allah -
Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (yaitu Islam).
Antara amalan mengingat Allah yang bisa kita lakukan:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak mesti gerakkan mulut)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda masing-masing)
- mulakan setiap 1 hal atau aktivitas dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa saja perbuatan “baik” asalkan pikiran anda senantiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa terjadinya “disconnect” dengan Allah.
Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapaknya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga
menggembirakan dan membahagia orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
melainkan karena orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Riwayat Bukhari)
Amalan 7.
Tunaikan atau Penuhi Kebutuhan orang lain -
Menunaikan atau memenuhi kebutuhan atau keinginan orang,
menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau keinginan kita sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)
Amalan 8.
Banyak berselawat -
Ada hadist yang menganjurkan bershalawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana shalawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
shalawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
shalawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.
Amalan 9.
Buat kebajikan sebanyak-banyaknya -
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. “
Apakah itu kencing manis??Adakah kencing manis dan Diabetis adalah penyakit yang sama??
Yess.. Memang sama. Beza dari segi bahasa jer.
Sebenarnya kencing manis ini diketahui apabila membuat ujian ujian darah ke atas seseorang. dan apabila keputusan darah diperolehi, didapati kandungan gula dalam darah.
Nama alternatif:
Insulin-dependent diabetes; Juvenile onset diabetes; Diabetes - Jenis1
Definisi:
Diabetes jenis 1 adalah penyakit sepanjang hayat (kronik) di mana terdapat paras gula (glukosa) yang tinggi dalam darah.
Punca-punca dan faktor risiko:
Diabetes jenis 1 boleh berlaku kepada mana-mana peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia paling kerap didiagnosis di kalangan kanak-kanak, remaja atau golongan muda.
Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh sel-sel khas, yang dipanggil sel beta di dalam pankreas. Pankreas boleh didapati di belakang perut anda. Insulin diperlukan untuk menjalankan gula dalam darah (glukosa) ke dalam sel, di mana ia disimpan dan kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Dalam diabetes jenis 1, sel-sel beta menghasilkan insulin yang sedikit atau tidak langsung menghasilkan sebarang insulin.
Tanpa insulin yang cukup, glukosa dibina di dalam aliran darah dan tidak dapat masuk ke dalam sel. Oleh yang demikian, tubuh badan tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menghasilkan tenaga. Hal ini membawa kepada gejala-gejala diabetes jenis 1.
Punca sebenar diabetes jenis 1 tidak diketahui. Besar kemungkinan ia adalah satu gangguan autoimun. Jangkitan atau beberapa pencetus lain boleh menyebabkan tubuh badan tersilap menyerang sel-sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Gangguan ini boleh diturunkan melalui gen keluarga.
Komplikasi yang mungkin berlaku termasuk:
Gangguan mata
Radang saraf
Masalah buah pinggang
Pembuluh darah terjejas (arteriosklerosis, tekanan darah tinggi, strok, infarksi miokardium)
Reaksi kulit dan penyembuhan luka yang lambat
Jangkitan kuman (saluran terutamanya saluran kencing dan kulit)
Mati pucuk
Peningkatan mendadak gula dalam darah (hiperglisemia)
Insulin hipoglisemia berlebihan
Diabetes Mellitus Jenis II
Adalah suatu penyakit yang terdiri daripada pelbagai kegagalan yang dicirikan sebagai hiperglisemia dan hasil gabungan rintangan kepada tindakan insulin, insulin tidak mencukupi,dan rembasan insulin yang berlebihan. Diabetes Mellitus Jenis II ini dikaitkan dengan pelbagai mikrovaskular, makrovaskular, dan komplikasi neuropathik.
Bagi seseorang yang sihat, insulin dapat membantu dalam mengubah makanan kepada tenaga secara cekap. Perut akan mencernakan karbohidrat daripada makanan menjadi glukosa. Glukosa kemudian akan memasuki aliran darah dan akan merangsang pancreas untuk membebaskan insulin dalam jumlah yang betul. Insulin hormone akan membolehkan glukosa memasuki sel-sel di seluruh tubuh yang akan digunakan sebagai bahan tenaga. Glukosa yang berlebihan akan disimpan di dalam hati.
Diabetes Mellitus Jenis II merupakan penyakit yang menyerang manusia pada semua peringkat umur. Gejala pada awalnya adalah tidak dapat dikesan. Boleh dikatakan kira-kira satu daripada tiga orang yang menghidap diabetes mellitus jenis II tidak mengetahui bahawa mereka menghidapinya. Keadaan ini menjadi bertambah kronik apabila kemampuan tubuh untuk mengunakan karbohidrat di dalam makanan menjadi tenaga. Hasil daripada pencernaan tersebut akan menjadi gula dalam darah yang tinggi. Dari masa ke semasa, gula yang berlebihan ini akan meningkatkan risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan organ serta keadaan-keadaan lain yang lebih serius.
Diabetes mellitus jenis II berlaku apabila sel-sel tidak boleh menyerap glukosa dengan betul. Ini akan menyebabkan tahap glukosa dalam darah menjadi tinggi. Apabila satu keadaan dimana rintangan insulin terbentuk, maka badan akan mengeluarkan insulin dalam kadar yang berlebihan. Tetapi otot, hati dan sel-sel lemak tidak bertindakbalas dengan betul kepada insulin.
Tidak seperti pesakit Diabetes Mellitus Jenis I, pesakit Diabetes Mellitus Jenis II tidak bergantung sepenuhnya pada insulin untuk hidup. Walaubagaimanapun kebanyakan pesakit yang menghidap Diabetes Mellitus Jenis II akhirnya akan dirawat dengan insulin.
Diabetes Mellitus Jenis II berpunca daripada tabiat kesihatan dan keadaan perubatan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Antara punca-punca penyebabnya terbahagi kepada dua iaitu punca yang boleh dikawal dan warisan.
Punca yang boleh dikawal:
- Berat badan yang berlebihan terutamanya pada bahagian pinggang.
- Gaya hidup yang tidak aktif.
- Merokok.
- Diet tinggi seperti daging merah, daging diproses, produk tenusu yang tinggi lemak serta gula-gula.
- Lemak kolesterol dalam darah akan menjadi tidak normal seperti HDL iaitu kolesterol baik akan menjadi rendah daripada 35mg/dL dan paras trigliserida melebihi daripada 250mg/dL.
Punca yang tidak boleh dikawal:
- Kaum atau etnik.
Afrika, Amerika, orang asli Amerika dan Asia mempunyai risiko yang lebih tinggi.
- Sejarah keluarga diabetes:
Mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai diabetes.
- Umur:
45 tahun atau lebih.
- Jantina:
Perempuan yang mempunyai penyakit kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan diabetes mellitus jenis II di kemudian hari.
Mempunyai sejarah sindrom ovari polisistik juga boleh menyebabkan rintangan insulin yang boleh menyebabkan kencing manis.
Tanda / symptom:
Diabetes Mellitus Jenis II merupakan penyakit yang menyerang manusia pada semua peringkat umur. Gejala pada awalnya adalah tidak dapat dikesan. Boleh dikatakan kira-kira satu daripada tiga orang yang menghidap diabetes mellitus jenis II tidak mengetahui bahawa mereka menghidapinya. Keadaan ini menjadi bertambah kronik apabila kemampuan tubuh untuk mengunakan karbohidrat di dalam makanan menjadi tenaga. Hasil daripada pencernaan tersebut akan menjadi gula dalam darah yang tinggi. Dari masa ke semasa, gula yang berlebihan ini akan meningkatkan risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan organ serta keadaan-keadaan lain yang lebih serius
Menjaga rambut yang panjang. Tidak dinafikan wanita suka menyimpan rambut yang panjang. Tetapi ada juga lelaki yang gemar menyimpan rambut panjang. Mungkin mereka fikir ia nampak lebih rockers kot... Rambut yang panjang ini perlu mendapat menjagaan dan perhatian yang rapi. Jika tidak ia akan menimbulkan masalah pada rambut itu sendiri. Teman kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menjaga rambut yang panjang.
1. Gunakan Jari Anda -
Seperti dalam iklan Rejoice, gunakan jari kome untuk meluruskan rambut. Sebaik sahaja kome bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari kome tu di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika kome ubah taktik ini kepada menggunakann jari kome tu, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut kome serta mampu mengurangkan pengguguran rambut. Mudahkan!
2. Berus Rambut Anda Selalu –
Ada sesetengah wanita khuatir menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut akan gugur. Sebenarnya, jika kome selalu memberus rambut, rambut kome tu akan bertambah sihat. Apa gunanya berambut panjang, jika kome malas mengurusnya? Kusut masai pulak jadinya. Sebab itu, wanita yang berambut panjang, kome dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.
Jangan berus rambut anda semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan pengguguran rambut.
3. Jangan Lupa Sikat Rambut -
Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut anda kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.
4. Keringkan Rambut -
Jika anda berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.
5. Pilih Syampu Yang Terbaik -
Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.
6. Peka Dengan Keadaan Sekeliling -
Lindungilah rambut kome tu daripada pendedahan berterusan dari pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut kome dan mudah membuatkan rambut kome kusut masai. Jika tidak keberatan, kome bolehlah mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.
Ni sambungan Kepada Sebab kulit kusam, jerawat dan jeragat, dan juga kenapa lebih nampak tua dari usia sebanar..
Kita lihat pulak Set-set Cantik untuk lambatkan Penuaan ni ..
1)Set Cantik Bajet
Terdiri dari Vitamin E dan Vitamin C.
2)Set Cantik Booster
Terdiri daipada ESp, B compleks, Vitamin C, Dan Vitamin E.
Dalam Set no 2 ni kenapa ada Vitamin B Complex?
**B Complex membantu mengelakkan Stress.Bila tak stress kan nampak lagi jelita gitu.B Complex akan dapat naikkan seri wajah anda tau.So jerawat pon segan nak naik.
##sini kalo ade yang time period naik jerawat yang banyak kat muka ambil lah Zinc Shaklee. Zinc ini akan membantu penyembuhan luka dari dalam.Dan zinc jugak boleh kecutkan jerawat anda tu tau.
1) Vitamin E - diambil sebelum tidur bagi menetralkan radikal sewaktu kita tidur.
2) Vivix - Sebelum tidur jugak untuk meneutralkan radikal bebas
3) Vitamin C - Untuk nak cantik godges ambil 2 biji , 1 biji waktu pagi, 1 biji waktu malam. Selepas makan
4) Kolagen Shaklee - Waktu perut kosong. Waktu pagi
Sekiranya ade jearagat yang teruksampai naik hitam muka , ambil lah 1 biji Vitamin E dan dibuat masker Vitamin E 2 hari sekali
Emhh, Ade yang tengah belek -belek muka tak?Risau tak kalau kulit jadi berkedut dengan cepat? Atau orang tegur nampak tua?Adusss!!!Tak suka kan???Umo 28 orang teka 35 tahun.Confirm malu kan..
Biar tak cantik macam model tapi jangan nampak tua. Betul tak?
Ok kenapa kita nampak tua??
**Sebab kulit berekedut, kulit kusam dan tambah plak jerawat jeragat kan.
Ada 2 faktor penyebab KULIT BERKEDUT, JERAGAT, KUSAM dan semua yang buat nampak tua:
1)kurang antioksidan dalam badan
2)Kurang kolagen
Sebenarnya ANTIOKSIDAN ini memang dah ada dalam badan kita semulajadi tau. Apa fungsinya? Ia akan meneutralkan radikal-radikal bebas yang memang ada kat persekitaran kita. Radikal ini penyebab kulit kita berkedut, jerawat, kusam, jeragat dan kalau terlalu banyak radikal dalam badan boleh jadi kanser.
Contohnya macam "whitehead" pun sebab kurang antioksidan. Dan bila usia meningkat, kurang antioksidan terhasil.
Radikal bebas ini datangnya dari sinar uv, asap-asap, asap rokok. Semua ni kan kita terdedah setiap hari. Jadi sekarang ni kita perlukan suplimenantioksidan yang betul-betul kuat untuk nak meneutralkan segala radikal-radikal ini.
Suplimen Shaklee yang sesuai untuk Membantutkan penuaan :-
1)Vivix
2)Vitamin E
3)Carotomax
Kenapa Vivix?
Dalam vivix shaklee ini ade Anggur Muskat tau. Kalau yang belum tau, anggur antara yang mempunyai antioksidan yang tinggi.
Dalam Vitamin A, C, E pon ade jugak. Tu sebab Vitamin E boleh dicampor dalam Vivix ni. Kedua-duanya ini adalah paling elok untuk elak kulit berkedut.
Kolagen??
Bagaimana nak cegah kulit berkedut bagai plak kan??Kalau nak tau kulit berkedut sebab kurang kolagen. Makin berusia, lagi kurang kolagen. Itu yang nampak tua. Tambah plak radikal bebas ini kolagen ini akan menyokong kulit bagi tegang gitu. So Bila dah kurang, kulit pon mengendur. Tu yang kedut tang sana, kedut tang sini.
Kolagen ini sejenis protein. Jika anda nak bagi boost kembali disarankan tambah ESP. sebab ESP kan Protein.Boleh jugak ambil Vitamin C, Sebab Vitamin C ini akan merangsang penghasilan kolagen. Dan paling best amik Collagen Powder Shaklee.
Vitamin C lebih kepada nak bagi kulit anjal, gebu dan juga untuk hilangkan parut.
Vitamin E pula lebih kepada untuk kulit kusam, jerawat, jeragat, whitehead, blackhead.So kalo nak kesan umpphh amik la dua dua ni ek.
OKeh...Semoga bermanfaat untuk anda.
Nak tau set cantik budget atau terover budget jangan lupa baca next sharing ok
Garlic adalah bawang putih.Jadi Garlic Complex Shaklee ni adalah ekstrak dari bawang putih la kan. Macam yang semua tau, bawang putih memang elok untuk buang angin dalam badan.
Garlic Complex Shaklee adalah gabungan Garlic, Spearmint dan Rosemary. Garlic ini diproses pada suhu bilik tanpa haba untuk kekalkan 100% Allicin aktif..
Allicin???Apa tu??
#Allicin ni bertindak sebagai antibiotik untuk lawan infection. Seperti yang ada jangkitan kat kerongkong atau telinga tu.
Kata lain Antibakterial, antifungal dan antiviral.
Siapa yang perlukan Garlic?
1)Pesakit darah tinggi
2)Individu yang sering kembung perut
3)Individu yang sering alami alahan
4)Individu yang ingin melakukan detoksifikasi
5)Individu yang inginkan turunkan tahap kolestrol, so sesuai untuk pesakit jantung
6)Pesakit darah tinggi yang ingin stabilkan darah
***Nak tau tak orang tua dulu dulu suka makan bawang putih sebelum tido tau..Lebih-lebih lagi yang ada asma...
***Kalo orang Korea plak amalkan makan bawang putih untuk kulit tau. Tu sebab kulit diorang cantik.
Manfaat Garlic Shaklee:-
1)Sebagai antibiotik semulajadi
2)Mengekalkan paras sihat kolestrol
3)Mengekalkan paras sihat tekanan
4)Meningkatkan pengaliran darah (kurangkan risiko penyakit jantung)
Garlic juga mampu melawan bakteria dan semua jangkitan pada:-
1)kerongkong
2)Perut memulas
3)Cirit biri
4)Bronkitis
5)Luka-luka
6)Jangkitan berulang
Kalo batuk kerap memang elok sangat tau amalkan garlic ni..
Lagi satu kalo letakkan garlic ni dalam sup pon boleh tau. Untuk kurangkan selesema. Untuk anak pon sesuai
kalau ade parents yang darah tinggi plak jika amik garlic ni ia membantu mengeluarkan raksa dengan cepat dari tubuh. Lagi bagus tambah Omega Guard Shaklee.Reduce darah tinggi. Raksa, plumbum dan kadmium itu adalah logam toksikyang akan menaikkan tekanan darah.
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
02: Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
03: Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
04: Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
05: Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
06: Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Malam ni nak share pasal suami saya yang mengalami alahan kulit yang teruk
Asalnya kaki dia kena obor-obor dan luka hanya sebesar duit sepuluh sen sahaja. Tapi luka tu lama kelamaan menjadi besar dan lebih besar. Kesian sungguh saya lihat. Tetapi waktu tu saya tak kenal shaklee lagi. Jadi saya berikan dia makan ubat gatal iaitu bertindak Antifungal..Bila makan ok la gatalnya hilang, bila tak makan makin menjadi jadi gatal. Bila silap makan sikit akan jadi berair. Paling ketara selepas makan seafood dan telur serta belacan jugak.
Apabila saya sudah kenal shaklee, dan pada masa yang sama saya consume Alfalfa untuk Tambah susu jadi saya pon bagi la suami cuba makan Alfalfa tu. Sebab alfalfa bertindak membuang toksik kan. So memang ok la kot kan bagi try.
PAda minggu pertama suami saya makan dia punya luka obor obor tu menjadi makin teruk. Saat tu suami saya dah memang tak nak teruskan makan. Sebab nampak jadi lebih teruk. Saya beri tau suami saya, tak pa just sambung makan. ini dinakmakan krisis pemulihan. Memang ambil masa sedikit. Tapi nanti akan beransur baik.
Alahamduliillah, ternyata betul. Sabar yang berbaloi. Makin hari makin kering dan tak berair bahagian kudis di kaki suami saya. Dia sendiri yang mintak nak makan dan tak payah saya yang suruh. katanya alfalfa memang berkesan. Dia tak risau kalo nak makan makanan laut, telur dan belacan. Sume tu almaklumla faberet.
Sekarang dah hampir setahun amalkan Alfalfa Shaklee. Suami saya sudah sembuh sepenuhnya kaki beliau. Kalo tak memula dulu macam gangrin. Kesian dan pada masa yang sama risau..